KUALA LUMPUR: Delegasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hadir bagi mengikuti sesi pendengaran pendapat nasihat (advisory opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin, menghujahkan isu pendudukan haram Israel di Palestin.
Presiden Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam catatan di Facebook berkata, seramai sembilan orang dari GSPP dibenarkan masuk menghadiri pendengaran berkenaan.
Katanya, hanya 10 individu sahaja yang dibenarkan masuk, termasuk seorang dari United Kingdom.
Ujarnya lagi, dalam pendengaran tersebut dihujahkan antara lain berkenaan rejim Zionis yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.
"Dalam undang-undang antarabangsa sesuatu pendudukan adalah bersifat sementara tetapi rejim Zionis mahukan pendudukan itu bersifat kekal.
"Pendudukan bersifat kekal ada 'annexation' atau penjajahan yang perlu dihentikan dengan segera. Juga dihujahkan, rejim Zionis tersebut inginkan geografi Palestin tetapi menolak demografinya.
"Sejarah pendudukan rejim Zionis juga dipamerkan bagi menunjukkan kerakusan rejim tersebut menduduki Palestin secara haram dari tahun 40-an lagi," katanya.
Selain Zainul Rijal yang mengetuai delegasi, peguam lain dari Malaysia ialah Muhamad Hisham Marzuki, Muhammad Hariz Md Yusoff, Danial Farhan Zainul Rijal dan Muhammad Aiman Muhammad Luthfi Amir dari Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Turut menyertai delegasi ialah wakil I-Qanun iaitu Mod Redza Khazali, Ramadan al Din Azlan Khalili, Siti Nazatul Murnirah Mahadzir dan Farzanah Selamat.
Pendengaran selama tiga jam tersebut menampilkan tujuh orang pembentang di hadapan 15 orang hakim.
Selain itu, Zainul Rijal berkata, selepas sesi berkenaan, mereka disambut ratusan orang ramai yang menunggu di luar mahkamah dan berterima kasih atas pengorbanan Malaysia menyokong Palestin.
"Mereka terharu dengan delegasi Malaysia yang sanggup datang dari jauh untuk menzahirkan sokongan.
"Malah, delegasi GSPP adalah satu-satunya badan bukan kerajaan yang dibenarkan menghadiri perbicaraan tersebut," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pada 21 Feb ini, beberapa negara akan memulakan kenyataan berhubung isu pendudukan rejim Zionis ini dan Malaysia dijangka memberi kenyataan pada 22 Feb sementara ICJ dijangka membuat keputusan pada 26 Feb.
ICJ di The Hague mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Sesi yang berlangsung selama enam hari dari 19 hingga 26 Feb itu diadakan susulan permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperoleh nasihat daripada ICJ mengenai kesan pendudukan Israel yang berterusan selama lebih 57 tahun.
Astro Awani
Tue Feb 20 2024

Kesemua delegasi GSPP, PPMM dan I-Qanun seramai sembilan orang dibenarkan masuk bagi mengikuti pendengaran di ICJ, The Hague, pada 19 Feb 2024. - Foto Facebook Zainul Rijal

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Delegasi GSPP hadir sesi pendengaran pendapat nasihat berhubung isu Palestin di ICJ
Zainul Rijal berkata, seramai sembilan orang dari GSPP dibenarkan masuk menghadiri pendengaran berkenaan.

Bimbang enakmen jenayah syariah negeri dicabar, kerajaan disaran pinda Perlembagaan
Undang-undang jenayah syariah negeri tetap tidak sah jika menyentuh perkara dalam Senarai Persekutuan terutama yang membabitkan perkara dalam undang-undang jenayah.

Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid
Beliau berkata, antara aspek yang turut merangkumi kepada penggubalan dasar berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi serta demokrasi Parlimen.

KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.

Karpal: Batalkan pendaftaran parti politik berasaskan kaum, agama
Semua rakyat sepatutnya boleh sertai mana-mana parti politik atau persatuan tanpa mengira batasan kaum dan agama, kata Karpal Singh.