KUCHING: Kawasan Delta Sarawak yang terletak di selatan negeri itu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pengiktirafan itu dibuat pada 20 Jun lepas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2022.
Katanya pengiktirafan itu adalah satu lagi pencapaian negara, khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam pemeliharaan kelestarian alam semula jadi dan pengurusan mampan kawasan berkepentingan kebangsaan yang memiliki nilai geotapak luar biasa.
"Kementerian percaya kerjasama erat yang terjalin antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Sarawak dapat memastikan Geopark Kebangsaan diurus secara baik.
"Di samping itu, usaha berterusan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat khususnya di dalam kawasan dan sekitar wilayah Geopark Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai aktiviti dan program pembangunan geopark," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Berkeluasan 3,112km persegi, Geopark Kebangsaan Delta Sarawak kaya dengan keunikan landskap batuan (28 geotapak), kepelbagaian biologi (12 biotapak) dan budaya (14 tapak budaya).
Pelawat yang mengunjungi Geopark ini akan dapat melihat formasi rupa bumi yang didasari oleh pelbagai jenis unit yang berusia, daripada karbon hingga resen; kepelbagaian biodiversiti dengan spesies endemik di Borneo seperti Orang Utan, Orang Belanda (Proboscis Monkey) dan Cicak Batu Fairy dan kekayaan warisan budaya daripada seni bina, peralatan muzik, senjata sehingga kepada makanan yang terhasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum.
Pengiktirafan keenam ini adalah selepas Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong, Perak; Geopark Kebangsaan Jerai, Kedah; Geopark Kebangsaan Kinabalu, Sabah dan Geopark Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Sebuah bot sedang menyusuri Sungai Salak di Taman Negara Wetlands yang merupakan salah satu kawasan Sarawak Delta Geopark (SDGp), sebuah projek tapak warisan geologi berkeluasan 311,246 hektar di selatan negeri Sarawak. - Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Delta Sarawak diiktiraf Geopark Kebangsaan
Pengiktirafan itu dibuat pada 20 Jun lepas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2022.