SEREMBAN: Mahkamah telah melucutkan hak penjagaan terhadap seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 13 tahun yang didakwa telah didera di sebuah pusat jagaan di Wangsa Maju, di ibu negara pada Jun lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pelucutan hak tersebut turut dibuat terhadap beberapa kanak-kanak serta wanita di pusat jagaan terbabit yang sebelum ini di bawah jagaan seorang wanita berusia 28 tahun.
“Hari ini saya lihat sendiri remaja ini yang tentunya dalam keadaan trauma dan kes ini masih dalam siasatan polis.
“Saya harap pihak polis selesaikan segera jika ada berlaku kes penderaan, pelakunya harus terima hukuman yang setimpal,” katanya ketika ditemui semasa lawatan terhadap remaja berkenaan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, remaja OKU berkenaan kini dipantau rapi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk soal kesihatan dan emosinya.
BACA: Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan
Menurut Rina, remaja tersebut diserahkan kepada seorang individu di pusat jagaan itu pada tahun lalu.
Kali terkakhir pihak JKM membuat lawatan ke pusat jagaan terbabit adalah pada Februari tahun ini dan remaja terbabit dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat.
Jelasnya, penyerahan remaja OKU berkenaan kepada individu tersebut bagaimanapun tidak melalui pihak JKM.
Dalam perkembangan berkaitan, Rina turut memaklumkan, pusat jagaan yang didakwa menjadi lokasi penderaan itu masih dalam proses pendaftaran pihak JKM.
Buat masa ini, JKM akan melakukan pemantauan setiap hari terhadap remaja terbabit sementara menantikan keputusan mahkamah melibatkan kesemua penghuni pusat jagaan itu.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang remaja OKU berusia 13 tahun melecur pada bahagian badan serta terdapat kesan luka di peha dipercayai didera pada Jun lalu.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan siasatan masih diteruskan termasuk usaha memanggil kesemua saksi serta seorang suspek wanita berusia 28 tahun.
Hilmi Malik
Thu Jul 08 2021

Rina bersama remaja OKU yang didakwa menjadi mangsa dera di sebuah pusat jagaan di Wangsa Maju pada Jun lalu ketika lawatan ke Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.

8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.

Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.

268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.

Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.

Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.

COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.