Persidangan Dewan Negara hari ini membahaskan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah yang dikemukakan oleh Senator Adrian Lasimbang di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1).
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim membenarkannya dan perbahasan bermula 4.30 petang mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3) dengan pihak pencadang dibenarkan berbahas selama 30 minit dan diikuti pihak kerajaan kerajaan menjawabnya dalam masa 30 minit.
Turut mengambil bahagian dalam perbahasan isu itu ialah Senator Datuk Paul Igai, Senator Alan Ling Sie Kiong, Senator Raj Munni Sabu dan Senator Liew Chin Tong.
Terdahulu, dalam pemberitahuan bersurat, Adrian Lasimbang mohon persidangan ditangguhkan mengikut peraturan mesyuarat 17 (1) bagi membahaskan berkenaan tuntutan Filipina terhadap Sabah melalui pengeluaran peta yang menyatakan bahawa negeri itu merupakan sebahagian Wilayah Filipina.
"Ini adalah satu tindakan provokatif yang menggugat dan mencabar kedaulatan undang-undang Malaysia dan Sabah yang berada dalam Persekutuan Malaysia," katanya.
Menurut beliau, usul berkenaan merupakan perkara yang mustahak bagi kedaulatan negara dan satu pelanggaran terhadap kerjasama serantau melalui ASEAN serta melanggar undang-undang perjanjian di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Oleh itu usul itu perlu disegerakan kerana sebarang tindakan yang mempersoal kedaulatan Malaysia adalah satu isu keselamatan yang tidak boleh diambil ringan.
Dalam sesi perbahasan usul itu, Adrian berkata isu tuntutan Sabah oleh negara itu bukan perkara baharu namun perkara tersebut ditimbulkan semula pada 20 Ogos lepas setelah Dewan Perwakilan Filipina mengesyorkan peta Sabah dipamerkan dalam pasport negara itu sebagai sebahagian negara berkenaan.
"Perkara ini membawa implikasi sangat besar, sungguh ia hanyalah peta tetapi dari segi perbuatan ia merupakan satu pengkhianatan dan tidak harus dikompromi," katanya.
Beliau turut meminta satu kajian sejarah Sabah dilakukan secara terperinci bagi memastikan kerajaan mempunyai fakta dan dokumen lengkap untuk menangkis tuntutan yang dilakukan oleh negara itu.
Adrian menyarankan kerajaan supaya menyalurkan satu peruntukan khas kepada Universiti Malaysia Sabah bagi membolehkan kajian itu dilakukan.
Selain itu beliau turut meminta kerajaan agar tidak mengiktiraf pasport Filipina yang memaparkan peta Sabah dan menghalang mereka yang menggunakan dokumen itu daripada memasuki negara ini.
Semasa menjawab isu tersebut, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata Sabah merupakan hak Malaysia dan ia telah dibuktikan sejak sekian lama menerusi perjanjian Cobbold selain hak itu diiktiraf PBB.
Beliau berkata oleh itu tidak relevan sekiranya ada mana-mana pihak asing termasuk Filipina menuntut hak ke atas Sabah.
"Isu tuntutan ini adalah tidak berasas dan tidak relevan kerana Sabah merupakan hak Malaysia berdasarkan fakta sejarah-sejarah lalu.
"Mengikut sejarah rakyat Sabah sendiri telah menentukan hak mereka supaya Sabah berada dalam Malaysia dan perjanjian Cobbold telah mengesahkan aspirasi rakyat Sabah menjadi sebahagian Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020
Dalam sesi perbahasan usul itu, Adrian berkata isu tuntutan Sabah oleh negara itu bukan perkara baharu namun perkara tersebut ditimbulkan semula pada 20 Ogos lepas.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Huraian 'jelik melampau' dalam pindaan Akta 588 tidak bersifat muktamad
Huraian itu adalah sebagai panduan kepada pegawai penyiasat, pihak pendakwaan dan mahkamah.