KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), berkaitan sistem insurans pekerjaan dan keselamatan sosial pekerja yang bertujuan menambah baik hak serta kebajikan golongan pekerja di negara ini.
RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024 dan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 itu, masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Ketika menggulung perbahasan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024, Sim berkata RUU itu merupakan salah satu usaha kementeriannya ke arah memperkasakan jaringan dengan perlindungan sosial, institusi kekeluargaan dan memacu reformasi pasaran buruh negara.
Beliau berkata pindaan itu melibatkan kenaikan had maksimum kebolehinsuranan amaun siling gaji pekerja daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.
"Peningkatan siling gaji ini akan menambah baik faedah perlindungan keselamatan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Akta 800, yang akan menjamin kesejahteraan sosial penerimaan faedah dengan manfaat sedia ada," katanya.
Sim berkata bagi gaji seorang pekerja melebihi RM5,000 dan RM6,000, setiap syer majikan dan pekerja untuk sebulan kadar caruman baharu adalah antara RM0.20 sehingga RM2, bergantung kepada gaji serta diyakini bukanlah angka yang terlalu membebankan kerana kenaikan itu akan menambah lebih 20 peratus faedah dinikmati kepada 1.5 juta warga pekerja kelak.
"Sistem insurans pekerjaan ini adalah untuk memastikan jika malang tidak berbau seperti kehilangan pekerjaan akibat penutupan dan sebagainya, maka mereka ada satu jaringan keselamatan dan pindaan ini akan memastikan pekerja ini bukan sahaja menikmati jaringan keselamatan sosial, tapi juga mendapat tambahan lebih 20 peratus faedah," katanya.
Bagi RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 pula, Sim berkata ia bertujuan untuk meminda Seksyen 5 serta Jadual Ketiga dan Keempat Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), yang perlu dilakukan mengambil kira isu semasa termasuk peningkatan kos sara hidup, yang menuntut faedah terhadap pekerja terutama yang bergaji RM5,000 ke atas juga harus ditingkatkan.
"Faedah yang diterima oleh mereka (pekerja bergaji lebih RM5,000) pada masa ini terhad kepada pengiraan setakat RM5,000 sahaja. Jadi untuk memberikan peningkatan ini (faedah) maka kita terpaksa naikkan caruman.
"Ada suara-suara dan pandangan dari Ahli Dewan ini tentang bebanan yang mungkin dirasai, sama ada majikan atau pekerja dalam aspek meningkatkan caruman, tetapi kita (kerajaan) ingin melakukannya secara berhemah dan saya rasa walaupun ada kenaikan caruman tetapi angkanya munasabah dan mampu dibiayai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong pada Persidangan Dewan Negara sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.