LABUAN: Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC) pada Isnin meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan status pulau bebas cukai penuh kepada wilayah itu untuk meningkatkan semula tarikannya bagi para pengunjung.
Presidennya Datuk Wong Kii Yii berkata tiada sebarang keputusan terbabit dibuat setakat ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk menyerahkan surat kepada pihak-pihak berkaitan.
Malah, beliau menyifatkan status bebas cukai yang dinikmati Labuan ketika ini sebagai tidak mampu menarik pengunjung berikutan harga barangan yang kekal tinggi dan kurang menarik di mata pelancong.
"Status semasa Labuan itu tidak menyebabkan harga barangan rendah, sekali gus dilihat sebagai kurang menarik untuk menggalakkan kehadiran pelancong," katanya pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu 2024 di sini, malam tadi.
Wong juga secara khusus menekankan keperluan seperti penjualan rokok bebas cukai yang mampu menambah daya tarikan Labuan.
"Oleh itu, LCCC meminta Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman dan Ketua Umno Labuan Datuk Rafi Ali Hassan untuk memperjuangkan perkara ini dengan membawanya kepada perhatian kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata status bebas cukai penuh itu penting dan menjadi aspek kebergantungan ekonomi Labuan dalam menarik lebih ramai pengunjung.
Selain status itu, Wong turut menekankan kepentingan menambah kekerapan penerbangan ke Labuan bagi merancakkan sektor pelancongan.
"Penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia yang terhad misalnya menjejaskan daya tarikan Labuan di mata pelancong, khususnya dari China.
"Oleh itu, LCCC berharap kerajaan dapat campur tangan bagi menangani isu itu dan berupaya memacu prospek ekonomi Labuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
![Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704118527_WongKiiYiiLabuan.jpg)
Wong Kii Yii berkata tiada sebarang keputusan terbabit dibuat setakat ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk menyerahkan surat kepada pihak-pihak berkaitan. - Foto BERNAMA
![Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704118527_WongKiiYiiLabuan.jpg)
Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan
LCCC pada Isnin meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan status pulau bebas cukai penuh kepada wilayah itu untuk meningkatkan semula tarikannya bagi para pengunjung.