KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada Isnin, yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Usaha pemulihan negara menuju fasa endemik selain fokus kestabilan politik menerusi hasrat kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Antilompat Parti, dijangka antara tumpuan persidangan selama 16 hari hingga 24 Mac itu.
Mesyuarat kali ini juga, sekali lagi dijangka diisi dengan proses pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan pada 23 Ogos 2021.
Mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata proses pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuara kali ini.
"Sudah pasti akan ada (usul) untuk memilih Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana buat masa ini hanya saya seorang Timbalan (Yang Dipertua) jadi kita memerlukan seorang lagi (Timbalan Yang Dipertua)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang lepas, Azalina melepaskan jawatan itu, bagaimanapun beliau tetap menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sementara, sepanjang tempoh persidangan itu berlangsung.
Ketika persidangan pada 25 Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kepada Dewan Rakyat pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditangguhkan ke persidangan akan datang.
Menurut Wan Junaidi, usul perkara itu pada asalnya disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat yang lepas tetapi ditangguhkan bagi membolehkan pindaan Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk menambah jumlah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang.
Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih dua orang Timbalan Yang Dipertua daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
Menurut takwim mesyuarat Dewan Rakyat yang dimuat naik dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, ahli-ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu selama empat hari mulai 7 Mac.
Seterusnya, sidang Parlimen diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 14 hingga 17 Mac, menurut takwim itu.
Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung pada empat hari terakhir persidangan bermula 21 Mac.
Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara turut akan dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat dan persidangan akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac.
Dalam pada itu, sebagai usaha berterusan meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 di Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi persidangan Parlimen, kekal seperti sebelum ini.
Beliau berkata Ahli Parlimen dan petugas diwajibkan menjalani ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) tiga hari sebelum persidangan berlangsung selain penghadang lutsinar di tempat Ahli Parlimen sebagai langkah menetapkan penjarakan fizikal akan terus dipasang.
"Saringan COVID-19 yang dijalankan dua hari bermula Khamis (24 Feb) di bangunan Parlimen, mengesan 146 kes positif daripada 1,474 petugas Parlimen, wakil media dan Ahli Parlimen yang disaring," katanya.
Bagaimanapun, Azhar memaklumkan seramai 183 Ahli Parlimen tidak hadir bagi menjalani saringan RT-PCR di Parlimen, sebaliknya menjalani saringan kendiri (atas kapasiti sendiri) dan Dewan Rakyat akan mendapatkan keputusan saringan mereka sebelum persidangan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata tiada had jumlah Ahli Parlimen di dalam dewan persidangan pada satu-satu masa ditetapkan, namun mereka dinasihatkan melakukan penggiliran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Azalina meletak jawatan pada 23 Ogos 2021. - Foto fail/BERNAMA

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.