KUALA LUMPUR: Jumlah kakitangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang sedikit malah tiada kakitangan di peringkat negeri menyukarkan koordinasi dan penyampaian maklumat dua hala secara terus dengan agensi-agensi di lapangan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, setakat ini struktur organisasi NADMA hanya mempunyai 94 perjawatan pelbagai gred pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan.
“Keupayaan NADMA juga terbatas untuk menyelaras tindakan pengurusan bencana di peringkat setempat yang melibatkan pelbagai pihak.
“Ia meliputi komuniti, badan-badan bukan kerajaan, kerajaan tempatan, pihak swasta dan sebagainya dalam usaha untuk mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana, kesiapsiagaan, pemerkasaan komuniti dan pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Rabu sebagai respons terhadap Datuk Seri Hasan Arifin (BN - Rompin) yang bertanya apakah adanya keperluan mendesak mengenai cadangan mewujudkan NADMA 2.0.
Tambah beliau, struktur NADMA yang compact dan top heavy menyebabkan berlaku kepincangan dalam pelaksanaan mekanisme pengurusan bencana berpaksikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah-Negeri-Pusat.
Jelasnya, antara kelemahan ketara dikenal pasti susulan kejadian banjir sewaktu Monsun Timur Laut 2021/2022 adalah isu chain of command di dalam pelaksanaan mekanisme tindak balas bencana.
“Kejadian banjir besar luar biasa yang melanda beberapa buah negeri mulai 18 Disember 2021 memperlihatkan sisi kelemahan dalam struktur pengurusan bencana negara di mana NADMA hanya mempunyai kakitangan bertugas di peringkat pusat.
“NADMA tidak mempunyai kakitangan di peringkat daerah dan negeri kerana pada masa itu, asas penubuhan NADMA pada 26 Ogos 2015 adalah sebagai penyelaras semata-mata,” ujarnya lagi.
Ridauddin Daud
Wed Mar 16 2022

Setakat ini struktur organisasi NADMA hanya mempunyai 94 perjawatan pelbagai gred pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.

APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy
Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur.

Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.

Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.

TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan
Ahmad Zahid berkata NADMA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.

Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.