Suasana pilu menyelubungi perkarangan Bilik Mayat Hospital Hulu Terengganu malam tadi ketika jenazah mangsa lemas, Faris Iskandar Mohd Radhi, dituntut keluarga kira kira jam 11.30 malam.
Menurut bapa mangsa, Mohd Radhi Kamaruddin, 49 tahun, anaknya berada di tebing sungai ketika melihat kelibat dua rakannya hampir lemas.
"Asbab kematiannya ialah, menyelamat dua mangsa lemas. Salah seorang daripada mangsa berumur 12 tahun, seorang lagi lebih kurang 25 tahun. Yang 25 tahun itu dalam keadaan sawan ketika dalam air.
"Kemudian, anak saya pergi berenang ke arah mangsa untuk selamatkanlah. Pertama, dia selamatkan yang umur 12 tahun, kemudian yang kedua. Dia selamatkan kedua-duanya. Tetapi, anak saya tenggelam," kata Mohd Radhi.
BACA: Pelajar kolej penerbangan mati lemas selepas selamatkan dua rakan
Faris Iskandar, pelajar Admal Aviation College, mati lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang, di sini, pada petang Khamis.
Dia tenggelam selepas menyelamatkan dua rakannya yang lemas ketika mandi di sungai berkenaan.
Menurut Mohd Radhi, dia menyedari perubahan sikap anak ketiga dari lima beradik itu baru-baru ini tetapi tidak menyangka apa-apa.
"Dia cuma banyak 'update' status di WhatsApp berkenaan dengan akhirat. Kemudian, dia banyak menegur kawan-kawannya tentang pentingnya hidup kita ini, tentang solat. Dia kata, masa kita tak lama.
"Saya perasan perubahan itu apabila saya baca statusnya. Saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tetapi, itulah, kita tak ambil pusing sangat perkara itu.
"Mungkin kerana, dia budak remaja, kan. Dia juga banyak habiskan masa di surau," tambahnya, bercerita mengenai arwah anaknya yang menurutnya mula menyertai aktiviti lasak pacuan empat roda sejak berusia 10 tahun.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu pagi ini.
Astro Awani
Thu Aug 20 2020

Mohd Radhi berkata, dia menyedari perubahan sikap anak ketiga dari lima beradik itu baru-baru ini tetapi tidak menyangka apa-apa. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aidiladha: Hayati nilai pengorbanan, ketaatan dan kebersamaan dalam beribadah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam esok bukan sekadar perayaan sebaliknya hari untuk menghayati nilai-nilai pengorbanan.

Dia banyak muat naik status berkenaan akhirat - Bapa
Menurut bapa mangsa, Mohd Radhi Kamaruddin, 49 tahun, anaknya berada di tebing sungai ketika melihat kelibat dua rakannya hampir lemas.

Buat amal jangan harap disanjung tetapi untuk ganjaran di akhirat - Mufti
Seseorang yang banyak menabur bakti dengan pelbagai amalan baik jangan kecewa jika segala jasa dan sumbangan mereka cepat dilupai.

"Akhirat nanti tak ditanya nama setiap anggota BTS" - Alif Satar
Berpada-padalah kalau meminati artis sekalipun...

'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Setelah 9 tahun akhirnya XPDC kembali dengan buah tangan terbaharu.

Mohd Shukri diminta ingat kembali ucapannya
Zamil berkata, Mohd Shukri ketika itu meminta anggota SPRM agar menjalankan tugas dengan baik kerana bakal disoal di akhirat.

Umat Islam perlu hayati toleransi agama - TPM
Toleransi agama perlu dihayati dan diterapkan dalam kalangan umat Islam agar agama itu tidak dipandang serong, dicurigai atau ditakuti umat manusia, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.