PENYANYI dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
“Saya ada hubungi semua orang, dan ada antara kawan saya yang saya hilang..."
Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir, 39, berkata perkara itu terjadi apabila dirinya sering kali menghubungi beberapa orang rakan untuk menceritakan permasalahan yang dilalui, namun tindakannya itu dianggap sesuatu yang merimaskan.
“Saya tak pernah ada niat untuk bunuh diri, tetapi pakar psikiatri beritahu yang saya tak boleh mengubah fakta bahawa saya tak boleh bekerja, saya tak boleh berfungsi dengan baik dan saya nampak resah.
“Saya ada hubungi semua orang, dan ada antara kawan saya yang saya hilang. Sebab mereka tak faham dan mereka jadi rimas. Mereka tanya ‘kenapa awak hubungi dan mesej hari-hari?’.
“Saya nak cerita tapi ada orang rasa benda tu remeh. Saya tak boleh nak tidur, tengok TV tak boleh, baca Al-Quran pun tak boleh semua saya dah cuba, tapi semua serba tak kena,” ujarnya.
Sementara itu, Dina ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka anjuran Suria Records yang berlangsung di Cheras, Selangor, sempat berkongsi bahawa dirinya nekad untuk berubah dan melakukan beberapa aktiviti baharu demi mengatasi masalah yang melanda kehidupannya.
"Kemurungan juga buat saya ambil langkah untuk berubah dan perkara pertama saya buat adalah potong rambut,” katanya.
Turun Berat Badan
Selain itu, Dina turut menyatakan bahawa dirinya turun berat badan sebanyak 10 kilogram selepas mengamalkan diet sihat selama tempoh lebih dari sebulan.
"Saya amalkan diet dan Alhamdulillah berat badan saya dah turun sebanyak 10 kilogram dalam tempoh lebih sebulan.
"Sekarang saya sasar nak capai berat badan bawah 100 kilogram," katanya lagi.
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Tue May 21 2024

Dina menyatakan bahawa dirinya turun berat badan sebanyak 10 kilogram selepas mengamalkan diet sihat selama tempoh lebih dari sebulan. - Foto Gempak

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.

GV9: Dina, Fuad tersingkir di minggu separuh akhir
Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.

GV9: Dina hampir tarik diri, sokongan orang tersayang suntik semangat
Persembahan pada minggu ketujuh dianggap terlalu istimewa buat Dina.

Sebak tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir bakal teruskan perjuangan di GV9
Lebih membuatkan Dina terharu apabila Jaclyn Victor berkunjung ke rumahnya di Johor Bahru pada hari Isnin untuk memberi semangat.

GV9: Hilang fokus sewaktu rehearsal, Tok Ram 'marah' Dina Nadzir; 'Saya jerit, kenapa nyanyi teruk'
Dia memarahi Dina sebelum dimaklumkan bahawa penyanyi itu sebenarnya sedang berdepan situasi getir mengenai berita ayahnya.

Bapa Dina Nadzir meninggal dunia
Bapa kepada penyampai radio Sinar, Dina Nadzir meninggal dunia, pagi ini.