KLUANG:Seorang lelaki yang hilang dihanyut bersama kenderaannya sejak Sabtu, dijumpai petang Isnin.
Lelaki itu dilaporkan hilang pada Sabtu, kira-kira jam 9.30 malam, di Batu 18, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang dekat Kluang, Johor.
Mayat Md Rajihan Junaidi Arjo, 28 tahun berjaya dijumpai jam 17:10 petang di dalam kebun pisang pada jarak 100 meter dari jalan utama.
Mangsa dibawa keluar menggunakan bot bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba, Akob Sedek berkata mayat Md Rajihan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 5.15 petang tadi.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa naik untuk dikenal pasti oleh keluarga yang sudah menunggu sejak awal proses pencarian dilakukan.
BACA: Lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus bersama kereta
Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk proses bedah siasat.
Semasa kejadian, kereta tersebut dinaiki oleh Md Rajihan dan isterinya.
Md Rajihan dikatakan gagal menyelamatkan diri selepas menyelamatkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24 tahun.
Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras akibat banjir yang berlaku di jalan raya tersebut.
Terdahulu, pada Ahad, kereta Proton Waja yang dinaiki mangsa dilaporkan telah terjunam ke dalam parit di tepi jalan.
Kenderaan itu berjaya dikesan dan dinaikkan ke darat pada jam 6.10 petang pada hari yang sama oleh pihak Polis Kahang.
Astro Awani
Mon Jan 04 2021
Mayat Md Rajihan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 5.15 petang tadi. - Foto ihsan bomba
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
Dihanyut arus bersama kereta, mayat Md Rajihan ditemui
Seorang lelaki yang hilang dihanyut bersama kenderaannya sejak Sabtu, dijumpai petang Isnin.