PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari enggan mengulas mengenai desas-desus bahawa beliau akan ‘dinaikkan pangkat’ sebagai menteri dalam masa terdekat susulan kekosongan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Bagaimanapun, tegas Adly, pelantikan mana-mana individu untuk menggalas tugas menteri, atau sebarang rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Itu prerogatif kepada Perdana Menteri. Bagi saya, pada ketika ini beri ruang kepada Perdana Menteri bagi menentukan kepimpinan untuk hari dan masa akan datang.
“(Rasional untuk ada rombakan Kabinet?) Yang itu pun terpulang kepada Perdana Menteri, saya tak nak komen. Macam saya sebut, memang kena bagi prerogatif kepada Perdana Menteri untuk tentukan kepimpinan pentadbiran,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau ditemui selepas perasmian Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), di sini.
Ketika ditanya nama yang dikemukakan oleh pucuk pimpinan Parti Amanah kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri, Adly yang juga Naib Presiden parti itu menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan.
“Bukan saya seorang sahaja… Amanah ada Ahli Parlimen dan juga ada kepimpinan-kepimpinan di peringkat Dewan Negara.
“Saya fikir Amanah cukup banyak bakat, dan saya fikir itu dapat memberi ruang kepada Perdana Menteri
untuk membuat pilihan,” tambah beliau.
Memetik laporan media, Adly disifatkan sebagai individu yang paling berpotensi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sebelum ini, Anwar tidak menolak kemungkinan membincangkan cadangan rombakan Kabinet dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, rombakan Kabinet bukan perkara mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan perlu diisi iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang sebelum ini disandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Hasimi Muhamad
Tue Oct 03 2023
![Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari... Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696308602_TBAdlyZahari.jpg)
Adly Zahari enggan mengulas mengenai desas-desus bahawa beliau akan dinaikkan pangkat sebagai menteri dalam masa terdekat susulan kekosongan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0 Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734695234_TBPLKN.jpg)
Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.
![Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
![Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725710617_AdlyZahari.jpg)
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
![PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025 PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729932341_AdlyZahari.jpg)
PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.
![Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729483072_AdlyZahari.jpg)
Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.
![Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696308602_TBAdlyZahari.jpg)
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
![Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701414737_TBADLYZAHARI.jpg)
Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.
![Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726006871_ProgramPeduliVeter.jpg)
Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.
![Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720263519_AdlyZahari.jpg)
Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.