MASIH tidak mampu bergerak, bercakap. Setiap kali menyentuh anak, pasti air matanya gugur.
Begitulah apa yang dilalui oleh ibu ini, walaupun tidak mampu bergerak dan meluahkan kata-kata yang terbuku di hati, namun air mata yang mengalir menjelaskan segala isi hatinya.
Berat sungguh ujian buat keduanya, dia dipukul hingga koma.
Kemudian anaknya pula bila dilahirkan tiada ibu di sisi. Allahuakhbar, sedih sungguh perjalanan hidup ibu dan anak ini.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” kata adik kepada Jahidah Nordin, wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lalu.
Setiap kali sentuh anak
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
“Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
“Namun, terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” katanya, ketika ditemui kru Mingguan Wanita, baru-baru ini.
Pasti air mata gugur
Jahidah melahirkan anaknya di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban pada 30 November lalu melalui pembedahan.
Fauziah berkata, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.
“Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih.
“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
“Buat masa ini, kami terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah Nordin, 7617797037.
Jahidah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei tahun lalu.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Fri Jan 21 2022
![Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642762607_HospitalTuankuJa.jpg)
Jahidah melahirkan anaknya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 30 November lalu melalui pembedahan. - Foto Mingguan Wanita
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733739042_BekassuamipukulJa.jpg)
Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.
![Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715421032_TBJAHIDAHKOMA.jpg)
Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.
![Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675166098_JahidahpositifCovi.jpg)
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
![Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730612742_tbkespeniagakoma.jpg)
Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas
Hakim kemudian menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh keputusan di akhir pembelaan kes berkenaan.
![Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681201945_JahidahNordin.jpg)
Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar
Pihaknya dimaklumkan kemungkinan kakaknya perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu.
![Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675166098_JahidahpositifCovi.jpg)
Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan
Bantuan bulanan JKM kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami, akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya.
!['Aidilfitri sayu tanpa Jahidah yang dulu' 'Aidilfitri sayu tanpa Jahidah yang dulu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651354638_JahidahNordin.jpg)
'Aidilfitri sayu tanpa Jahidah yang dulu'
Tidak pernah putus harapan untuk melihat Jahidah sembuh atau sekurang-kurangnya dia boleh bercakap semula.
![Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah - Adik Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah - Adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646909944_JahidahSudahLamaB.jpg)
"Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah" - Adik
-KAMI berserah pada Allah apa yang terbaik. Jahidah sudah lama bertahan. Ini luahan rasa adiknya, Jahidah di akaun media sosial TikToknya.
![Jahidah positif COVID-19 Jahidah positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645741840_JahidahpositifCovi.jpg)
Jahidah positif COVID-19
Pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada petang Rabu.
![Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642762607_HospitalTuankuJa.jpg)
Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.