Masih tidak serik menggunakan wanita warga asing untuk memancing pelanggan, sebuah pub di Subang Jaya, Selangor sekali lagi diserbu polis.
Ketika serbuan jam 11.30 malam Jumaat oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu kebanyakan pelanggan dikatakan sedang enak disajikan tarian ghairah GRO warga asing berkenaan.
Operasi ‘Ops Noda’ yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Selangor DSP Azmi Syukor bersama dua pegawai dan lima anggota itu juga berjaya menahan tujuh GRO warga asing Thailand dan Filipina.
Pemeriksaan di premis berkenaan menemui dua pekerja warga Bangladesh bersembunyi di dapur.
Menurut Azmi, mereka didapati tidak memiliki permit kerja sah.
Selain itu, katanya polis turut memeriksa 30 pelanggan yang berkunjung ke pub tersebut termasuk seorang penjaga premis warga tempatan.
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30-an itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Fri Jun 21 2019

Operasi tersebut berjaya menahan tujuh GRO warga asing Thailand dan Filipina. - Gambar Astro AWANI

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Pusat hiburan tawar khidmat GRO berbaju tidur di Jalan Pudu diserbu
Sebuah pusat hiburan disyaki menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan warga asing berbaju tidur seksi terbongkar dalam serbuan di Jalan Pudu, di sini tengah malam tadi.

GRO 'gred A' beri layanan istimewa dibayar hingga RM20,000
Pusat karaoke yang berselindung di bangunan pejabat dengan menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China di Jalan Raja Chulan, di sini, digempur pada Khamis.

10 GRO sembunyi dalam bilik rahsia selama sejam berjaya dicekup Imigresen Perak
Cubaan 10 wanita pelayan pelanggan atau GRO warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia di sebuah premis hiburan gagal selepas berjaya dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak semalam.

Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.

GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP
Kelab mewah di Jalan Perak di tengah segi tiga emas ibu negara itu baru sahaja beroperasi selama tiga bulan.

Disaji tarian ghairah wanita asing, pub di Subang Jaya diserbu
Masih tidak serik menggunakan wanita warga asing untuk menarik pelanggan, sebuah pub di Subang Jaya, Selangor sekali lagi diserbu polis.

GRO 'catwalk' separuh bogel, pusat hiburan di USJ diserbu
Sebuah pusat hiburan yang menggunakan taktik pertunjukan 'catwalk' oleh wanita warga asing berpakaian separuh bogel sebagai pelaris, akhirnya dibongkar polis.