Seorang pemancing tidak menyangka terpancing mayat ketika memancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata dalam kejadian pada Sabtu malam mata kail pemancing itu tersangkut pada sesuatu yang berat dan apabila ditarik ternyata yang muncul bukannya ikan besar tetapi mayat seorang remaja perempuan.
"Pemancing itu kemudian melaporkan penemuannya itu kepada polis dan apabila tiba di lokasi penemuan yang terletak berhampiran Gua Kerbau, pihak polis mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.
"Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa dipercayai mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Ismail berkata polis kemudian telah menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di tepi Sungai Sentap dan hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan milik seorang remaja perempuan dari Simpang Ampat, Perlis.
"Kita telah mengesan keluarga pemilik motosikal itu yang tinggal di Kuala Sungai Baru, Sanglang di Simpang Ampat, Perlis. Ibu bapa pemilik motosikal tersebut juga telah diminta membuat pengecaman dan telah mengesahkan bahawa mangsa adalah anak mereka," katanya.
Mohd Ismail berkata, pada Ahad polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 18 tahun dan setelah disiasat suspek mendakwa telah bertengkar dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai.
"Suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas, namun suspek tidak meminta bantuan daripada orang ramai. Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah selesai dibedah siasat pukul 1.40 pagi Isnin dan pihak polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum mengetahui punca sebenar kematian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2019

Polis mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri. - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Terkejut! Disangka habuan besar, rupanya buaya 75kg
Seorang penduduk, Ansam Dungat menyangka dia mendapat ikan besar apabila jaring dipasang dan ditarik keluar dari sungai terasa amat berat.

Disangkakan ikan besar rupanya mayat gadis
Seorang pemancing tidak menyangka terpancing mayat ketika memancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang malam kelmarin.