ALOR SETAR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berhasrat untuk mendedahkan butiran keterangan siasatan membabitkan dirinya kepada pengetahuan umum.
Menurutnya, ia hanya akan didedahkan sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
"Saya sudah pergi Bukit Aman, walaupun ditawarkan oleh pegawai polis untuk datang ke pejabat saya, (tetapi) saya pilih ke Bukit Aman dan sudah berjumpa dengan pegawai polis dan berlaku soal siasat oleh pegawai terlibat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, pada Sabtu.
Baru-baru ini, beberapa pihak membuat laporan polis susulan satu artikel ditulis Abdul Hadi berkaitan isu rasuah yang dikatakan mempunyai unsur-unsur perkauman.
Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah ditemani peguam telah hadir memberi keterangan di Bukit Aman pada 29 Ogos lalu.
Menurutnya, beliau secara sukarela hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan terhadap siasatan yang dianggap kontroversi oleh pihak tertentu.
“Saya juga bersedia untuk hadir lagi memberi keterangan sekiranya diminta berbuat demikian oleh polis. Kalau dipanggil lagi saya pergi lagilah," ujar beliau. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 03 2022
Abdul Hadi ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
Prospek ekonomi positif susulan indeks pelopor meningkat - MIDF
MIDF berkata perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran tenaga kerja yang menggalakkan akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Perdagangan meningkat 9.2% tahun ke tahun, nilai tertinggi pada RM2.879 tril
Eksport melebihi RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, mencecah RM1.508 trilion, menyumbang 87.2% daripada sasaran eksport 2025.
Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pengukuhan pasaran sekuriti dan derivatif serta prestasi perniagaan data.
Indonesia menyokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025
Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto berkata Indonesia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini. #AWANInews
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Sidang Media Perdana Menteri bersama Presiden Indonesia
Ikuti secara langsung sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Perdana Putra sempena lawatan negara pertama oleh Presiden Prabowo ke negara di rantau Asia Tenggara selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober 2024.
#AWANInews
#AWANInews
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.
Malaysia, Indonesia tetap menyokong kemerdekaan Palestin
Malaysia dan Indonesia bersependapat dalam isu perjuangan kemerdekaan Palestin dan menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza.
#AWANInews
#AWANInews
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
12 buah motosikal musnah terbakar di parit
Sebanyak 12 buah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di kawasan rumah di Jalan Kampung Tanjung Medan Layang Kiri, Parit, Perak.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Disiasat polis: Tak perlu dedah butiran keterangan - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berhasrat untuk mendedahkan butiran keterangan siasatan membabitkan dirinya kepada pengetahuan umum.