JOHOR BAHRU: Sebanyak 367 aduan diterima polis Johor berkaitan kes pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel lelaki 'kesunyian' berusia 20 hingga 40-an.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sehingga kini 144 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian RM500,000 sehingga RM1 juta.
Menurutnya, taktik sindiket adalah dengan menyamar sebagai wanita menerusi aplikasi media sosial dan ingin mencari kenalan baharu.
Selain itu kegiatan yang aktif sejak awal tahun lalu itu berjaya memperdaya mangsa yang kebanyakannya lelaki.
"Mereka menyamar sebagai perempuan dan membuat mangsa sampai berbogel dan dirakam bagi digunakan sindiket untuk mengugut mangsa, jika tidak beri wang dia akan sebarkan video ini.
"Mangsa telah membuat laporan polis dan kita berjaya menumpaskan sindiket ini dengan menangkap ahli sindiket di sekitar Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Susulan itu, tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang terlibat dalam sindiket, ditahan menerusi operasi Op Bugil yang dilancarkan di sekitar Pulau Pinang, Selangor dan Johor, baru- baru ini.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 250 unit mesin melombong bitcoin dirampas hasil serbuan ke atas tiga premis berasingan sekitar bandar raya Johor Bahru antara 6 hingga 8 Februari lalu.
Menurut Kamarul Zaman, lima lelaki tempatan dan seorang wanita berusia antara 40 hingga 52 tahun, turut diberkas dalam serbuan berkenaan.
"Selain daripada kerugian pihak TNB, ini juga akan menjejaskan keselamatan warga yang ada berdekatan kerana mereka menggunakan arus eletrik yang tinggi di luar kawalan.
"Ini akan menyebabkan kebakaran dan seluruh taman tidak ada arus elektrik. Alhamdulilah melihat tahun lepas sahaja sebanyak 1,746 mesin bitcoin bernilai 2.6 juta dirampas," jelasnya.
Katanya lagi, penggunaan bekalan elektrik tanpa rekod itu menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian kira-kira RM390,582.
Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Thu Feb 10 2022
Menurut Kamarul Zaman, sebanyak 367 aduan diterima polis Johor berkaitan kes pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel lelaki 'kesunyian' berusia 20 hingga 40-an. - Gambar fail
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Diperdaya wanita seksi buat aksi lucah, beberapa lelaki di Sarawak rugi RM136,000
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Datuk Mancha Ata berkata sindiket akan membuat panggilan video dan mempamerkan aksi lucah sebelum memperdayakan mangsa untuk melakukan adegan yang sama.
'Disuruh bogel, kemudian diugut' - Polis Johor tumpaskan sindiket sasar 'lelaki sunyi'
Sebanyak 367 aduan diterima polis Johor berkaitan kes pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel lelaki 'kesunyian' berusia 20 hingga 40-an.