ALOR SETAR: Pengalaman ditinggalkan datuk di Makkah untuk mendalami ilmu agama sejak kali pertama menunaikan haji ketika berusia lima tahun, masih segar dalam ingatan Ahmad Mustafa, 78, walaupun peristiwa itu sudah berlaku 74 tahun lalu.
Menurut anak kelahiran Kampung Teluk Jawa, Padang Hang, Alor Setar itu, peristiwa tersebut banyak mencorakkan hidupnya hingga berjaya menjadi seorang pensyarah dalam bidang Geografi di Universiti Umm Al-Qura di Makkah selama 21 tahun sebelum kembali ke tanah air pada 1997.
Menceritakan pengalamannya sempena ketibaan musim haji ketika ini, Ahmad berkata, dia dibawa datuk sebelah ibunya, Mustafa Taha ke Makkah bersama ibu, abang, bapa saudara serta ibu saudara pada tahun 1949.
Mereka sekeluarga berangkat ke Tanah Suci setelah neneknya maut ditikam perompak yang masuk ke rumah mereka beberapa bulan sebelum tibanya musim haji.
“Sebab musabab ialah penyamun masuk rumah dan sebab penyamun masuk rumah, nawaitu nak pergi haji.
“Keputusan dibuat keluarga saya dengan abang saya ditinggalkan di Makkah untuk belajar di situ… dan kami pun belajar masuk sekolah, sampai habis pergi universiti sampai Mesir,” cerita Ahmad.
Tambahnya, perjalanannya ke Makkah pada masa itu bermula dari Pulau Pinang dengan menaiki kapal, sebelum transit di beberapa negara termasuk India sebelum tiba ke Jeddah.
Keseluruhah perjalanan ke Tanah Suci ketika itu mengambil masa selama 15 hari.
“Saya pergi Madinah kali yang pertama naik lori dua dua tingkat… di tingkat pertama (penumpang) perempuan… banyak orang mungkin 20 orang.
“Di (tingkat) atas untuk (penumpang) lelaki. Pergi Madinah ambil masa dua hari. Jarak macam Alor Setar ke Kuala Lumpur dalam 450 kilometer… tanah pasir, adang-kadang hujan, tengah perjalanan (lori) terbalik sebab kena bawa perlahan, (lori) terbalik ada orang Badwi pakat tarik lori itu,” kata Ahmad berkongsi kenangan silam.
Ketika itu, umat Islam akan menghabiskan masa hampir empat bulan di Arab Saudi untuk menyempurkan urusan ibadah haji berbanding tempoh yang singkat pada waktu ini.
Selain memberi fokus pada urusan menunaikan Rukun Islam kelima itu, Ahmad berkata, jemaah juga akan mengambil kesempatan berguru dengan guru-guru agama yang ada di Makkah termasuk di Masjidilharam.
Katanya, terdapat ramai ulama dari India, Malaysia, Patani, negara-negara Arab yang sedia berkongsi ilmu dengan jemaah.
“Selama empat hingga lima bulan rajin pergi Masjidilharam boleh dapat ilmu. Itu sebab orang kita yang pergi ke sana dapat ilmu… zaman dulu orang yang balik dari sana dia boleh buka sekolah pondok, jadi ustaz,” ujar beliau lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jun 21 2023
Ahmad Mustafa menunjukkan dokumen perjalanan ke Makkah berusia 74 tahun yang masih disimpan rapi.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.