KUALA LUMPUR: Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di parkir bawah tanah Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan akan menerima tambahan 100 lagi katil bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga.
Ketua Unit Kawalan Jangkitan hospital berkenaan, Dr Sharifah Azlin Juliana Syed Zainal, berkata sebelum ini sebanyak 50 katil disediakan untuk pesakit kategori empat dan lima.
"Buat masa ini, DMZ ini kita buka terbahagi kepada dua kawasan. Untuk yang pertama kita buka kepada 50 katil untuk pesakit COVID kategori empat dan lima.
"Bermula Khamis (esok) dijangka akan ada pertambahan sebanyak 100 buah katil bagi kategori tiga secara berperingkat," katanya.
BACA: COVID-19: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan aktifkan Zon Pengurusan Bencana di kawasan parkir khas
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan kipas angin daripada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Nasional (SARJANA), Datuk Khaidhirah Abu Zahar, di hospital itu, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, mengumumkan ruang parkir di hospital itu yang direka khas semasa awal pembinaan bagi dijadikan DMZ untuk menghadapi kes bencana kimia dan biologi, diaktifkan bagi pesakit COVID-19, bermula 9 Julai.
Beliau dilaporkan berkata, DMZ itu sudah bersedia menerima pesakit COVID-19 tahap empat dan lima dari Lembah Klang.
Eton Khir
Wed Jul 14 2021

Ruang parkir itu yang direka khas semasa awal pembinaan bagi dijadikan DMZ untuk menghadapi kes bencana kimia dan biologi, diaktifkan bagi pesakit COVID-19, bermula 9 Julai. - Gambar/ Facebook Cik Atiqa

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.

ATM akan perluas DMZ di seluruh Hospital Angkatan Tentera - Dr Zulkeffeli
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperluaskan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di seluruh Hospital Angkatan Tentera (HAT) bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.

DMZ Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan terima tambahan 100 katil
Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di parkir bawah tanah Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan akan menerima tambahan 100 lagi katil bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga.

COVID-19: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan aktifkan Zon Pengurusan Bencana di kawasan parkir khas
Parkir tersebut sememangnya ruang yang telah digazetkan sebagai DMZ yang direka khas semasa awal pembinaan hospital berkenaan bagi menghadapi kes-kes bencana kimia dan biologi.

Korea Utara, Korea Selatan 'berbalas tembakan' di pos pengawal DMZ
KOREA Utara dan Korea Selatan dilaporkan berbalas tembakan di sekitar pos pengawal Korea Selatan pada awal pagi Ahad.

Pertemuan Trump-Kim: Apa maknanya kepada kita?
Sejarah tercipta hari ini apabila buat pertama kalinya, Presiden Amerika Syarikat jejak kaki ke Korea Utara.