KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM335,000 kpada bekas pemain hoki kebangsaan dalam saman cuai bagi pihak mendiang isterinya yang meninggal dunia 10 bulan selepas mengalami strok pangkal otak.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Avtar Singh terhadap doktor berkenaan yang memeriksa, mendiagnos dan merawat isterinya, Salinder Kaur.
Dalam penghakiman bertulis dikeluarkan hari ini, mahkamah membenarkan ganti rugi khas sebanyak RM234,624.09 serta ganti rugi am RM100,000 kepada plaintif (Avtar) dan kos RM40,000.
"Saya berpendapat bahawa jumlah RM100,000 itu wajar memandangkan mendiang terlantar di atas katil selama hampir 10 bulan sebelum meninggal dunia akibat strok pangkal otak," katanya dalam penghakiman 33 muka surat tersebut.
Raja Ahmad Mohzanuddin turut menyatakan bahawa doktor tersebut telah mengakui bertanggungjawab terhadap tuntutan plaintif.
"Adalah jelas daripada pindaan semula kenyataan tuntutan bahawa doktor berkenaan telah mengakui setiap aspek tuntutan kecuaian yang dibuat terhadapnya.
"Apabila sesuatu kejadian berlaku selepas hospital telah mengambil langkah penjagaan yang wajar seperti yang saya temui dalam kes ini, liabiliti seharusnya semata-mata terletak pada doktor berkenaan," katanya.
Bagaimanapun, Raja Ahmad Mohzanuddin menolak tuntutan plaintif terhadap hospital swasta berkenaan di Kelana Jaya itu dengan kos RM30,000 selepas memerintahkan hospital berkenaan tidak bertanggungjawab.
Avtar, 68, merupakan pemain skuad negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik 1976 dan 1980 serta turut serta dalam dua Piala Dunia pada tahun 1978 dan 1981.
" Akibat kejadian tragis menimpa isterinya (Salinder), beliau terpaksa mmelepaskan semua kepentingannya termasuk sebagai jurulatih untuk memberi sepenuh masanya bagi menjaga isterinya."
Menurut pernyataan tuntutan difailkan pada 2019, Salinder dibawa ke jabatan kecemasan hospital berkenaan pada 21 Ogos 2016 selepas mengalami sakit yang teruk dan kebas pada lengan kiri.
Selepas itu, pesakit berkenaan dirawat di hospital tersebut.
Hakim berkenaan berkata, ada dakwaan bahawa doktor tersebut menjalankan tugas di luar bidang kelayakannya dan gagal mendiagnos dengan betul kerana hospital berkenaan tidak mempunyai peralatan perubatan yang sewajar.
Disebabkan itu, Salinder dipindahkan ke hospital lain.
Memandangkan keadaannya tidak beransur pulih, Salinder yang ketika itu lumpuh dibawa pulang ke rumah sebelum meninggal dunia pada 19 Jun 2017. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
![Doktor cuai atas kematian isteri bekas pemain hoki negara - Mahkamah Doktor cuai atas kematian isteri bekas pemain hoki negara - Mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698918570_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM335,000 kpada bekas pemain hoki kebangsaan dalam saman cuai bagi pihak mendiang isterinya. -Gambar hiasan
![‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual ‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739080514_tbjurujualSetiaC.jpg)
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
![Doktor cuai atas kematian isteri bekas pemain hoki negara - Mahkamah Doktor cuai atas kematian isteri bekas pemain hoki negara - Mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698918570_TBCourtHammer.jpg)
Doktor cuai atas kematian isteri bekas pemain hoki negara - Mahkamah
Mahkamah membenarkan ganti rugi khas sebanyak RM234,624.09 serta ganti rugi am RM100,000 kepada plaintif dan kos RM40,000.
![Ibu muda mati dalam derita apabila rahim direntap doktor selepas bersalin Ibu muda mati dalam derita apabila rahim direntap doktor selepas bersalin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571362764_TBWEBSCREENRUSSIA.jpg)
Ibu muda mati dalam derita apabila rahim direntap doktor selepas bersalin
Doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.
![Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482769311_950x600.jpg)
Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam
Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.