KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin komited untuk memastikan isu melibatkan lantikan pegawai perubatan kontrak ke perjawatan tetap diselesaikan segera.
Ujarnya, beliau senada dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mahukan lebih 10,500 pegawai perubatan kontrak dilantik secara tetap.
"Daripada 10,583 pegawai yang telah tamat tempoh khidmat wajib, 4,186 pegawai telah dinilai boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk lantikan tetap.
"Jumlah yang diperlukan untuk tahun depan (2022), permohonan 4,186 perjawatan pelantikan tetap yang meliputi 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian, 300 pegawai farmasi adalah RM377,485,089.00
"Pendirian saya dengan Ketua Pembangkang tidak jauh berbeza. Sekarang ini, kita lihat daripada 10,000 orang, berapa ramai yang diperlukan dari segi unjuran keperluan KKM.
"Saya rasa, pendirian saya juga menghampiri Ketua Pembangkang. Apa yg diperlukan adalah mereka perlu dilantik secara tetap," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Anwar yang ingin tahu implikasi kewangan kepada kerajaan serta jaminan berkenaan pelantikan pegawai perubatan lepasan siswazah secara tetap.
Mengulas lanjut, Khairy menegaskan beliau tidak dapat memberi jaminan untuk melantik semua yang berkhidmat secara kontrak dilantik sebagai perjawatan tetap.
"JPA meminta unjuran daripada KKM berkenaan berapa ramai doktor yang diperlukan untuk tahun-tahun mendatang dan sbb itu kita dalam proses menyediakan unjuran, supaya kita dapat kemukakan kepada JPA dan Kementerian Kewangan (MOF) berkenaan keperluan berdasarkan unjuran dan keperluan untuk doktor ini dilantik secara tetap.
"Sejak akhir 2016, setiap pegawai perubatan latihan siswazah dilantik secara kontrak, iaitu lebih 24,000 orang, yang ditawarkan secara tetap hanya 1,000 sahaja.
"Ia adalah masalah legasi lama yang perlu kita atasi segera. Saya tak pasti sama ada kita dapat serap semua yang ada di bawah kontrak.
"Namun, kita mula dengan unjuran keperluan dahulu dan saya pasti unjuran keperluan itu kita akan usahakan supaya jumlah itu dapat kita serapkan untuk dimasukkan dalam perkhidmatan tetap," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (PN-Beaufort).
Menerusi pembentangan Bajet 2022, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak kepada 10,583 orang pegawai perubatan, pergigian dan farmasi dengan peruntukan sebanyak RM336.35 juta.
Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan RM100 juta bagi dimanfaatkan 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian bagi penajaan program kepakaran.
Menurut Khairy, jawatankuasa khas bagi mendapatkan penyelesaian jangka masa panjang terhadap isu lantikan kontrak itu sedang meneliti keperluan meminda beberapa akta berkaitan termasuk Akta Perubatan 1971 dan Akta Pergigian 1971.
Selain itu, KKM bersama JPA masih meneruskan perbincangan bagi membuat pindaan kepada Akta Pencen 1980 bagi melihat kesesuaian penawaran lantikan secara tetap dengan lebih lestari kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Astro Awani
Tue Nov 09 2021

KHAIRY: Kita mula dengan unjuran keperluan dahulu dan saya pasti unjuran keperluan itu kita akan usahakan supaya jumlah itu dapat kita serapkan untuk dimasukkan dalam perkhidmatan tetap. -Foto KKM
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.