KUALA PILAH: Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh, 59, terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
"Mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.
"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan laluan arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kesemua mangsa tidak cedera namun Dollah dan isterinya, Roslina Ibrahim, 58, mengalami kesakitan di bahagian belakang tengkuk dan dada.
"Mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dirawat sebagai pesakit luar.
“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 18 2022

Keadaan MPV dinaiki Dollah Salleh selepas terlibat kemalangan. -Foto Sinar Harian

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.

Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.

Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.

Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.

Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.

Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.

Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.

'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.

Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.