PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menasihati masyarakat agar tidak "berhari raya" di pusat beli-belah yang boleh mencetuskan peningkatan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata pihaknya amat bimbang jika berlaku pertemuan keluarga di pusat beli-belah sepanjang sambutan Aidilfitri tahun ini susulan larangan aktivi kunjung-mengunjung.
Kebimbangan itu bertambah berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif, yang menuntut rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, termasuk menjaga penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata kes sporadik telah meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lepas adalah kes sporadik.
Sementara itu, Dr Adham berkata kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) boleh ditingkatkan hingga 10,000 pesakit.
Pusat itu kini menempatkan hampir 4,000 pesakit kategori satu dan dua, manakala 1,000 katil boleh ditempatkan bagi kes kategori tiga untuk mengurangkan tekanan di hospital awam dan swasta di mana sebelum ini pesakit kategori tiga dimasukkan ke hospital kerajaan atau swasta, katanya.
Usaha meningkatkan kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) dan hospital juga sedang giat dijalankan di Lembah Klang terutama di Hospital Pengajar Univerisiti Teknologi MARA dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, di samping membina modular ICU untuk beberapa tempat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021

Menurut Dr Adham, kebimbangan itu bertambah berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif, yang menuntut rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard. - Gambar fail

Suri rumah didakwa bunuh suami
Seorang suri rumah didakwa atas pertuduhan membunuh suaminya dengan menikam mangsa di sebuah pangsapuri di Kajang.
286 isu dibangkit dalam LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya juga ingin merakamkan ucapan selamat kembali ke sekolah” - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan merakamkan ucapan kepada guru dan pelajar yang kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2025.
“Semoga kita dapat merealisasikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Semoga kita dapat merealisasikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu. #AWANInews

Organisasi media disaran sediakan pelan transformasi AI - Fahmi
Setiap organisasi media di negara ini disaran menyediakan pelan transformasi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi masing-masing.
AWANI Ringkas: SPRM siasat 138 isu LKAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Projek Jana Wibawa: Permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat didengar 18 April
Mahkamah menetapkan 18 April untuk mendengar permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi perbuatan buli
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan Kementerian pertahanan dan ATM tidak berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli. “Siasatan akan dilaksanakan dan tindakan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding bagi peringkat pimpinan pusat pada pemilihan parti 24 Mei ini.
“Pastikan Lautan China Selatan kawasan beba untuk aktiviti ekonomi”
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Malaysia akan pastikan zon maritim bebas untuk aktiviti ekonomi melibatkan minyak dan gas, aktiviti perdagangan dan aktiviti pelancongan.
“Pastikan Lautan China Selatan kawasan yang bebas dan selamat untuk aktiviti ekonomi”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Pastikan Lautan China Selatan kawasan yang bebas dan selamat untuk aktiviti ekonomi”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.