SERDANG: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19.
Beliau yang memegang portfolio itu semasa negara sedang berhadapan dengan wabak itu mula melanda negara mengakui, pernah menerima sendiri aduan mengenai perkara itu sekali gus menjelaskan perkara itu berlaku di peringkat pentadbiran.
Menurutnya, sewaktu keadaan pandemik banyak proses pemerolehan tidak melalui prosedur biasa dan terdapat kekeliruan dalam melaksanakan perkara itu.
"Kita gunakan perolehan kecemasan jadi keperluan mendesak banyak benda yang dilakukan nak cepat ada yang terpaksa pesan dahulu dan ada juga yang perlukan deposit, ini semua tak melalui proses-proses seperti biasa, ada perkara-perkara yang saya sedar dan saya sebagai menteri pada ketika itu menasihati mereka.
"Saya sebagai menteri saya menjaga dasar dan pelaksanaan dilakukan oleh pihak pentadbiran, saya menyenaraikan semua keperluan pelaksanakan oleh mereka, saya bersedia untuk beri kerjasama kepada SPRM tidak ada keraguan kerana ini penggunaan kecemasan pertama kali," katanya.
Dr Adham berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara National Instituteof Biotechnology Malaysia, Solution Biologics Sdn Bhd dan Cansino Biologics Inc (CanSino).
Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap perolehan berkaitan COVID-19 melibatkan rasuah dan penyelewengan selain turut melihat kepada penyalahgunaan kuasa.
Berkenaan majlis itu, Dr Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, MoU yang telah ditandatangani oleh tiga pihak itu bertujuan memupuk kerjasama jangka panjang dalam pembangunan, penyelidikan dan pengkomersialan vaksin manusia.
"MoU ini memberi tumpuan kepada program penyelidikan bersama pembangunan vaksin terpilih, pertukaran penyelidik dan pakar teknikal, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta pengkomersialan produk vaksin untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
![Dr Adham sedia beri kerjasama kepada SPRM siasat isu perolehan COVID-19 Dr Adham sedia beri kerjasama kepada SPRM siasat isu perolehan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653461255_AdhamBaba.jpg)
Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19. - Gambar BERNAMA
![1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739246839_ScottsdaleAirport.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS
Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735790030_singapore.jpg)
Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
AWANI Ringkas: Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739245239_pukulanak.jpg)
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di bilik sewanya sekitar pukul 11.30 malam tadi.
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
![PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698299266_TBMasErmieyati.jpg)
PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati
Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini berlaku ketika Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.
![Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672845054_TBHASRULAKHMAL.jpg)
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
![PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668355624_AdhamBaba.jpg)
PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham
Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667576337_AdhamBabaPRU.jpg)
PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba
Jelas Dr Adham, sebagai orang parti, adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.
![PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667313214_TBadhambaba.jpg)
PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Calon PRU15: Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar - Nasaruddin Calon PRU15: Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar - Nasaruddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667284123_TBBNTenggara.jpg)
Calon PRU15: "Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu.
![PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666979221_AdhamBaba.jpg)
PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.
![MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666373124_TBadhambaba.jpg)
MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
![Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665222307_TBadhambaba.jpg)
Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.
![Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664337185_PracticalArrangement.jpg)
Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama
Bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa.