KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan reman dua hari bermula Isnin berhubung kes peras ugut yang melibatkan seorang lelaki warga asing, pada tengah hari Ahad.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Taming Sari, di sini itu tular di media sosial sejak Ahad.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga negara asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu.
"Hasil semakan video yang tular itu membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang dan sehubungan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Hussein menambah, jika disabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Beliau menegaskan polis tidak akan melindungi mana-mana pihak sama ada pegawai kanan atau anggota rendah jika didapati terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah.
"Kita tidak akan berkompromi dan siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut undang-undang," katanya.
Sebelum ini tular di platform Telegram, dua video memaparkan dua anggota polis yang menunggang motosikal memeras ugut lelaki warga asing.
Umavathi Ramayah
Mon Jul 29 2024
Foto ini ialah tangkapan layar dari video yang tular sejak Ahad. - Sumber foto: Media sosial
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Dua anggota polis IPD Kajang didakwa peras ugut warga asing ditahan reman
Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ditahan reman dua hari bermula Isnin berhubung kes peras ugut yang melibatkan seorang lelaki warga asing, pada tengah hari Ahad.