MUAR: Dua anggota dari Cawangan Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar cedera parah manakala seorang suspek maut, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng Parit Kongsi 4, Parit Jawa, di sini, kira-kira 4 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Beliau berkata menyedari kehadiran polis, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Vios telah bertindak melarikan diri dengan memecut kereta dipandunya ke arah Parit Jamil.
“MPV yang dinaiki anggota yang berusia 40 dan 41 tahun itu, telah membunyikan siren serta memberikan isyarat supaya suspek memberhentikan kereta, tetapi suspek enggan berbuat demikian untuk mengelak dari ditahan polis.
“Semasa usaha mengejar dilakukan, kedua-dua kenderaan telah terbabas dan termasuk ke dalam parit yang mengakibatkan kereta yang dipandu suspek terbakar, hingga menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Raiz Mukhliz berkata dua anggota yang mengalami kecederaan parah, telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, manakala mayat suspek dihantar ke Unit Ferensik HPSF untuk bedah siasat dan ujian DNA, bagi mengenal pasti identitinya.
“Kertas sisatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Bernama
Thu Jul 04 2024

Raiz Mukhliz berkata menyedari kehadiran polis, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Vios telah bertindak melarikan diri dengan memecut kereta dipandunya ke arah Parit Jamil. - Gambar Astro AWANI

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.

Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.

Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.