PETALING JAYA: Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes pemerasan terhadap pekerja penyelenggara lampu jalan, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kedua-dua pekerja itu diugut untuk memberi wang sejumlah RM200.
Katanya, ia kononya sebagai balasan kepada anggota polis terbabit tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang dituduh memandu melebihi had yang dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, Khamis lalu, pengadu dan rakannya yang dalam perjalanan ke tempat kerja ditahan oleh sebuah kereta peronda di kawasan Petaling Jaya.
"Anggota polis tersebut memberitahu yang pengadu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPD kerana menaiki kenderaan melebihi had yang ditetapkan, yang mana boleh dikompaun sehingga RM2,000.
"Anggota tersebut kemudian mengarahkan pengadu yang berusia 27 tahun untuk menghubungi majikannya dan memberikan telefon tersebut kepadanya untuk bercakap sebelum meminta pengadu memberikan sejumlah RM200," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Berang dengan tindakan itu, pengadu memuat naik hantaran dalam Twitter sebelum menjadi tular dalam media sosial.
Mohamad Fakhrudin menambah, bertindak atas maklumat itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya memberkas dua anggota polis berkenaan kira-kira pukul 2.45 pagi Jumaat serta merampas wang tunai RM200 disyaki hasil pemerasan.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memeras ugut.
Jika disabit dengan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Dalam pada itu Fakhrul menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan jenayah.
"Saya menyeru kepada orang ramai supaya membuat laporan dan menyalurkan maklumat jika mendapati mana-mana kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam apa-apa kesalahan jenayah," tambahnya lagi.
Umavathi Ramayah
Fri Jul 16 2021

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel dari IPD Petaling Jaya ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes pemerasan terhadap pekerja penyelenggara lampu jalan. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.

Lima individu ditahan termasuk CEO stesen TV, polis beku aset lebih RM17 juta
Polis mengesahkan telah menahan lima individu kerana disyaki menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram.