Dua aset Brunei menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa bot karam yang masih hilang sejak Sabtu lepas.
Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, helikopter S92 milik pihak berkuasa Brunei dan kapal Tentera Laut Diraja Brunei KDB Bakti, membantu pencarian mangsa di perairan negara itu.
"Luas sektor pencarian kini meliputi 2,400 batu nautika persegi," kata kenyataan itu.
Pada asalnya, kawasan pencarian meliputi 400 batu nautika persegi meningkat kepada 1,400 batu nautika persegi selepas 25 mangsa ditemui di perairan Semarang, dekat Labuan, semalam.
Pada hari ketiga operasi SAR, lima kapal (KM Adil, KM Berani, KM Mabul, Kilat 40 dan Kilat 23) dua pesawat -- Bombardier dan AW139 milik APMM terlibat dan empat kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (KD Ganas, KD Serang, CB 203 dan CB 204) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia C130.
SAR itu turut membabitkan empat kapal pasukan Polis Marin (PA 12, RH 29, RH 51 dan PSC 1) dan dua pesawat pasukan Gerakan Udara iaitu 9M-PHH dan 9M-PHK.
Bot jenis katamaran itu yang membawa tiga anak kapal dan 28 pelancong dari China dipercayai karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu, sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru di sini menuju Pulau Mengalum, destinasi pelancong kira-kira 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu.
Semalam, 20 pelancong warga China diselamatkan di perairan Semarang dekat Labuan, manakala tiga lagi pelancong China terkorban dalam tragedi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017

Sebahagian keluarga pelancong dari China tidak dapat menahan kesedihan ekoran kejadian bot karam jenis Catamaran ketika berkumpul di Hospital Queen Elizabeth awal pagi tadi. - Foto Bernama

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Tragedi Katamaran: Kawasan carian diperluas
Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pelancong yang karam Sabtu lepas diperluas kepada 3,000 batu nautika persegi hari ini, hari keempat tragedi.

Dua aset Brunei sertai pencarian enam mangsa bot karam
Dua aset Brunei menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa bot karam yang masih hilang sejak Sabtu lepas.

Tekong, kru bot karam di Sabah ditahan untuk siasatan
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din melalui Twitternya berkata kedua-dua individu itu ditahan mengikut seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Tragedi Katamaran: Identiti enam masih hilang dikenal pasti
Identiti enam mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot pelancong karam telah dikenal pasti, merangkumi lima warga China dan seorang kru, kata APMM