TUMPAT: Kesempitan hidup tidak menghalang dua beradik dari Kampung Jal Kecik, Chabang 4, di sini berusaha menjalankan tanggungjawab menjaga ibu mereka yang terlantar akibat sakit strok dan kanser darah tahap empat.
Dua beradik berlainan bapa itu, Tuan Fazlee Tuan Losing, 32, dan adiknya, Siti Rokiah Mat Yusof, 29, menjaga ibu mereka, Siti Khatijah Pak Man, 71, sejak wanita itu diserang angin ahmar lapan tahun lalu.
Siti Rokiah berkata, mereka sekeluarga tinggal di Pondok Lambor, Wakaf Bharu, Tumpat, selama 10 tahun selepas rumah peninggalan arwah bapa, Mat Yusof Ali, runtuh kerana usang.
“Rumah sekarang dibina oleh bapa saudara di atas tanah milik ibu.
“Saya tidak bekerja kerana perlu menjaga ibu lumpuh dan dua lagi anak kecil berusia lapan serta tiga tahun.
"Suami hanya bekerja buruh dengan pendapatan tidak tetap sehingga RM1,000 sebulan,” katanya ketika menerima lawatan dan bantuan katil oleh Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang disampaikan Presiden KKCK, Pui Tiong Lam pada Isnin.
Siti Rokiah berkata, bapanya meninggal dunia akibat strok pada tahun 2003.
Menurut Siti Rokiah, Tuan Fazlee pula berhenti kerja di sebuah pasar raya sejak lima tahun lalu untuk membantu menjaga ibunya kerana kudrat wanita Siti Rokiah tidak mampu melakukan sepenuhnya.
“Dua kali ibu kena strok dan terjatuh. Saya pula tidak mampu mengangkatnya.
"Sehingga kini abang belum berkahwin dan tidak bekerja untuk membantu jaga ibu bersama-sama.
“Kami memandikan dan mencuci najis setiap hari manakala makan disuap tiga kali sehari kerana ibu tidak dapat menguruskannya,” katanya.
Sementara itu, Tuan Fazlee berkata, ibunya menerima bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang digunakan untuk menampung perbelanjaan susu dan lampin pakai buang.
“Kami tidak mampu bagi ibu susu khas seperti yang disaran oleh doktor malah ibu hanya duduk atas pelapik kayu sebelum diberi bantuan katil daripada KKCK semalam.
“Bilik ibu yang dilengkapi tandas ini pula baru tiga minggu siap dibina oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah,” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0311829000235822 atas nama Siti Khatijah Pak Man atau hubungi di talian 014-8097844.
Berita asal: Berlumba jaga ibu hidap kanser tahap 4
Sinar Harian
Tue Apr 06 2021

Siti Rokiah menyuapkan nasi kepada ibunya, Siti Khatijah sambil diriba oleh Tuan Fazlee di rumah mereka di Kampung Jal Kecik, Chabang 4, Tumpat pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.
Pasca perang Syria: EU gantung sebahagian sekatan terhadap Syria
Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria berkuat kuasa serta-merta pada Isnin, termasuk sekatan berkaitan tenaga, perbankan, pengangkutan, dan pembinaan semula.
A.S tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Amerika Syarikat bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine pada Isnin, dalam perubahan mengejut daripada dasar Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.
Konflik di Ukraine: Trump: Putin terima cadangan eropah hantar pasukan pengaman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerima cadangan Eropah untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
Tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

Dua beradik berkorban jaga ibu hidap kanser tahap 4
Dua beradik berlainan bapa itu menjaga ibu mereka, Siti Khatijah Pak Man, 71, sejak wanita itu diserang angin ahmar lapan tahun lalu.