Dua beradik dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai disengat tebuan manakala seorang daripadanya kritikal dalam kejadian di sekitar bukit berhampiran rumah mereka dekat Felda Kerteh 4 di Dungun, petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira 3.00 petang itu, mangsa, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, dan adiknya Muhamad Azib, 6, sedang bermain dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun.
Ibu mangsa, Rohayu Mat Lazim, 39, berkata secara tiba-tiba anak lelakinya meluru masuk ke rumah dalam kesakitan dan bengkak pada bahagian badan dipercayai akibat sengatan tebuan.
"Dia berlari masuk beritahu kakaknya teruk disengat tebuan. Keadaan Nur Nazihah masa itu sangat lemah...semasa kejadian, suami saya tiada di rumah sebab bekerja, jadi saya bawa kedua-dua mereka ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut...dalam pukul 8.00 malam tadi, anak-anak saya dirujuk pula ke HSNZ," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Rohayu berkata beliau dan suaminya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, sering mengingatkan anak mereka agar tidak bermain di kawasan itu disebabkan kewujudan sarang tebuan itu baru-baru ini.
"Tidak tahu macam mana petang tadi mereka boleh bermain sampai ke situ...ketika kejadian, kanak-kanak lain sempat lari tapi Nur Nazihah tersangkut di pagar...jadi dia yang kena sengat paling banyak, hampir 60 sengatan.
"Doktor beritahu organ dalaman Nur Nazihah terjejas dan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik...namun adiknya sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan keadaannya stabil," katanya sebak.
Rohayu berkata kejadian itu berlaku sepantas kilat dan tidak menyangka tragedi itu menimpa anak ketiga dan keempat daripada lima beradik itu memandangkan mereka tidak pernah bermain di kawasan tersebut dan berharap kedua-dua anaknya sembuh secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 30 2020

Mangsa bersama adiknya dilaporkan sedang bermain dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun. - Gambar hiasan

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Ratusan tebuan 'serang' tentera Israel
Insiden 'amukan tebuan' itu berlaku ketika operasi disertai Briged Divisyen Selatan di sempadan wilayah Gaza.

Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat disengat tebuan ketika bermain bersama dua kakaknya di taman permainan berhampiran rumah datuknya di Kampung Tok Jembal, di sini pada Ahad.

Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan
Kegembiraan tiga beradik bermain di padang permainan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut disengat tebuan.

Murid Tahun Lima maut disengat tebuan
Rayyan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang sebaik tiba di Klinik Kesihatan Bukit Besi untuk menerima rawatan.

Dua beradik cedera disengat tebuan, seorang kritikal
Dua beradik dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai disengat tebuan manakala seorang daripadanya kritikal.

Kanak-kanak dua tahun di Kuantan maut disengat tebuan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas disengat tebuan ketika bermain di luar kawasan rumahnya.