TAWAU:Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.
Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang semalam untuk memukat di kawasan laut berdekatan namun beranggapan bapanya itu pergi memancing lagi walaupun tidak pulang sehingga tengah malam tadi.
"Sehingga jam 11 pagi tadi, saya dan adik keluar mencari dan menemukan perahu bapa di sini kira-kira 12 tengah hari tadi. Didapati bapa terbaring tidak sedar di dalam perahunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Amirkhan turut meminta pertolongan daripada bot peronda Pasukan Polis Marin (PPM) yang kebetulan melalui kawasan itu.
"Bapa tidak mempunyai penyakit kronik selain hanya mengalami sakit kaki biasa sahaja dan mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja nelayan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau DSP Mohd Nazari Ismail berkata Bilik Gerakan PPM menerima panggilan daripada anggota Bot RH59 berhubung kejadian itu.
"Anak mangsa meminta bantuan daripada anggota bot RH59 yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum bot PGR 3 diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengiringi bot mangsa ke Pangkalan PPM Tawau.
"PPM juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Jabatan Kesihatan mengenai penemuan jenazah berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Jenazah tiba di Pangkalan PPM Tawau pada 1.50 petang dan petugas kesihatan membawa mayat itu ke Hospital Besar Tawau untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 24 2021

Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua beradik jumpa mayat bapa sendiri dalam perahu di Tawau
Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri pesakit COVID-19 ditahan
Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Panji di sini, malam tadi.

Gara-gara sibuk bekerja, lelaki Jepun 'lupa' kebumikan jasad bapanya
Masashi Kinoshita akhirnya menghubungi polis untuk memberitahu bahawa bapanya telah meninggal dunia di apartmen mereka di Setagaya Ward.

Samun: Pemilik pasar raya ditemui maut dengan tangan dan kaki diikat
Seorang anak lelaki terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan tangan dan kaki diikat dalam sebuah kejadian samun di Jelapang, dekat sini pada hari ini.