BANDAR BAHARU: Dua mangsa ditemui lemas selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang, dekat Bandar Baharu petang Ahad.
Seorang lagi mangsa, yang merupakan kanak-kanak perempuan yang turut menaiki kereta berkenaan dilaporkan masih hilang.
Identiti kedua-dua mangsa yang ditemui itu dikenal pasti sebagai Noraiza Hashim, 28 dan Hasmah Mad Isa, 69.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 petang.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 mengatakan sebuah kereta jatuh ke dalam tasik berkenaan.
"Sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini mayat pertama dinaikkan sekitar jam 8.40 malam, manakala mayat kedua pada jam 8.50 malam.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
"Siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dari rumah dan datang ke tasik untuk berjoging.
"Mungkin tertekan minyak atau sebaliknya. Nanti saya akan maklumkan kemudian, " jelas beliau kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 21 2021

Dua mangsa ditemui lemas selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki dipercayai terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang, dekat Bandar Baharu petang Ahad. - Foto JBPM Kedah

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Remaja cedera kereta terjunam dari tingkat satu Terminal One
Seorang remaja lelaki cedera pada bahagian kepala selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu Pusat Pengangkutan Terminal One hari ini akibat tertekan pedal minyak.

Dua cedera kereta terjunam ke tingkat dua
Dua individu berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terjunam dari tingkat tiga ke tingkat dua tempat letak kenderaan di pusat beli belah kompleks Asia City di sini pada Ahad.

3 parah kereta terjunam jatuh gaung di Gerik
Kemalangan berlaku disebabkan kereta Proton Iriz dari arah Gerik dilanggar dari arah bertentangan oleh kereta Honda Civic.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Kereta terjunam dalam sungai
Sebuah kereta dikhuatiri terjunam ke dalam sungai di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Pemandu keliru keadaan jalan, kereta terjunam dalam sungai
Tiga individu berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Batu 12, Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Jumaat.

Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Kereta terjunam ke tasik: Keluarga terkejut hilang ibu dan adik sekelip mata
Haida mengetahui kejadian selepas dihubungi adik ketujuh yang memaklumkan ibu dan adik kesembilannya itu lemas di dalam tasik.

Dua ditemui lemas, seorang masih hilang selepas kereta dinaiki terjunam dalam tasik
Dua mangsa ditemui lemas selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki dipercayai terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang, dekat Bandar Baharu petang Ahad.

2 maut kereta terjunam dalam Tasik Biru
Dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik petang tadi.