TANAH MERAH: Bermula sekadar beramal untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf dari Kampung Bukit Gading, di sini, ketupas palas sejuk beku yang dihasilkan mereka kini mendapat permintaan ramai khusus buat perantau di luar Kelantan.
Pengasas Dapur Ramadan, Zarina Mohd Nawawi, 49, berkata ketupat sejuk beku hasil air tangan golongan asnaf itu memberi fokus kepada pesanan dari luar Kelantan, menyaksikan 90 peratus tempahan dihantar ke Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.
Mesra disapa sebagai Kak Na, beliau berkata perniagaan yang pada awalnya sekadar untuk beramal serta memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf berubah apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sehingga mereka tidak menang tangan memenuhi tempahan.
"Semua pekerja yang Kak Na ambil merupakan golongan asnaf dan hampir kesemuanya adalah terdiri daripada wanita yang berumur sekitar 30 hingga 60 tahun.
"Untuk tempahan kita buka sejak Februari lepas, dalam tempoh tersebut 4,000 hingga 5,000 biji ketupat disiapkan sehari.
"Tetapi memasuki bulan Ramadan proses pembuatan mencecah 10,000 biji sehari.
"Sejak 2018 hingga sekarang, kita berjaya hasilkan lebih kurang dua juta biji ketupat sejuk beku," katanya kepada Bernama.
Bercerita lanjut, Zarina berkata sejak awal memulakan perniagaan tersebut, beliau memang memberi fokus memasarkan produk ke pasaran luar untuk memberi peluang masyarakat di luar Kelantan menikmati ketupat palas buatan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan resipi ketupat palas sejuk beku Dapur Ramadan, Zarina berkata ia merupakan resipi daripada seorang pekerja di situ sendiri yang kemudiannya diubah suai supaya juadah itu lebih enak dan berkualiti.
Selepas mendapat keuntungan yang tinggi saban tahun, Zarina telah menubuhkan Skim Pinjaman Qardhul Hassan (tanpa faedah) kepada golongan asnaf yang membuat ketupat di Dapur Ramadan dengan membolehkan mereka membuat pinjaman bagi membeli keperluan seperti mesin basuh dan peti sejuk.
"Menerusi skim pinjaman ini, sesiapa nak beli barang seperti mesin basuh, Kak Na akan pergi beli secara tunai di kedai.
"Jadi dari situ, kita akan potong gaji setiap hari dalam RM10 sampai habis dengan harga yang sama.
"Pekerja di sini bekerja dengan gaji harian. Kak Na bagi gaji berdasarkan kepantasan dan kecekapan mereka bekerja. Sebiji ketupat Kak Na upah dengan 17 sen.
"Dalam masa sehari, seorang boleh dapat RM150 untuk bungkus ketupat sahaja," tambahnya.
Mengakhiri temu bual tersebut, Zarina berharap untuk meneruskan perniagaan ketupat sejuk beku itu sekali gus terus membela nasib golongan asnaf di kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021

Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018. -Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Mawi terkenang belajar anyam ketupat bawang, katak daripada arwah orang tua
Penyampai radio ZAYAN iaitu Mawi berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama adik-beradiknya memandangkan ibu bapanya sudah tiada.

Rakyat Malaysia dinasihatkan pilih sajian lebih sihat di hari raya
Makan berlebihan ketika hari raya boleh membawa kepada penambahan berat badan terutama apabila lebih banyak kalori yang diambil daripada yang dibakar.

Ketupat lembik: Adabi mohon maaf
Adabi menyeru kepada pengguna supaya menyalurkan terus aduan di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.

Bertugas di Aidilfitri bukan satu beban bagi petugas barisan hadapan
Mereka wira yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula melanda negara ini awal tahun lepas.

Dua tahun tak balik beraya, sayu, sebak semakin terasa tatkala Syawal menjelang
Mungkin ada yang tidak begitu terkesan tapi bagi sesetengah orang, pagi raya bersama ibu bapa adalah makna sebenar Hari Raya Aidilfitri.

Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018
Ketupat sejuk beku hasil air tangan golongan asnaf itu memberi fokus kepada pesanan dari luar Kelantan, menyaksikan 90 peratus tempahan dihantar ke Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.

Ketupat palas serunding daging laris menjelang Aidilfitri
Pengusaha ketupat palas serunding daging di Gua Musang, Kelantan menerima banyak tempahan juadah Hari Raya.