SINTOK: Permohonan ke universiti ditolak dua kali tidak memadamkan semangat Muhammad Azri Mizra, 25, ke menara gading, malah menjadi pembakar semangat untuk dirinya bagi melakar kejayaan sehingga meraih Anugerah Pelajaran Diraja.
Graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) itu berkata, kegagalan mendapat tempat di universiti selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2015 merupakan pengalaman paling memeritkan baginya.
"Keputusan beberapa subjek dalam SPM tidak bagus, jadi permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU) ditolak sebanyak dua kali dan saya rasa sangat 'down'.
"Tapi saya tak mahu patah semangat dan nekad berusaha dengan konsisten apabila dapat sambung belajar di Kolej Profesional MARA di Johor, sebelum akhirnya diterima masuk ke UUM selepas habis diploma," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Ahad.
Muhammad Azri, yang berasal dari Kuala Lumpur kini, bekerja sebagai pegawai perolehan di sebuah syarikat swasta dan beliau mendedikasikan kejayaannya itu buat ibunya yang merupakan ibu tunggal.
"Ibu membesarkan kami adik beradik dengan berniaga kecil-kecilan... Syukur Alhamdulillah hari ini saya puas dengan kejayaan ini. Apa yang penting kita perlu minat, konsisten serta rajin, tidak ada jalan mudah untuk berjaya," katanya.
Turut menerima anugerah sama ialah J.Kaavilash Nair, 24, yang merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi manakala Pingat Emas Canselor dianugerahkan kepada Nurfarazida Salleh, 23, yang merupakan graduan Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja menerima wang tunai sebanyak RM7,500 berserta sijil manakala penerima Pingat Emas Canselor menerima wang tunai sebanyak RM4,000 berserta sijil.
Kaavilash berkata beliau juga menghadapi nasib yang sama apabila memperolehi keputusan kurang cemerlang dalam SPM sebelum ini dan berasa sedih kerana tidak diterima memasuki universiti pada awalnya.
"Saya berasa cukup sedih dan mengecewakan kedua orang tua, tapi hari ini saya hadiahkan kejayaan ini kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepanjang pengajian ini," katanya.
Nurfarazida yang merupakan anak petani pula, berkata berkat usaha dan doa kedua ibu bapanya membolehkan beliau menggengam kejayaan tersebut pada Ahad,
"Cara saya ialah sentiasa fokus dalam kuliah selain berinteraksi dengan pensyarah sekiranya terdapat kemusykilan. Malah, saya juga hampir setiap hari akan solat hajat dan baca al-Quran. Saya perlu rajin berusaha untuk ubah nasib keluarga," katanya yang berasal dari Kemaman,Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Muhammad Azri Mizra, 25, (tengah) dan J.Kaavilash Nair, 24, (kanan) bersama penerima Pingat Emas Canselor, Nurfazarida Salleh, 23, selepas Majlis Konvokesyen UUM Ke-36 di Dewan Muadzam Shah. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Dua kali gagal masuk universiti, Muhammad Azri akhirnya capai Anugerah Pelajaran Diraja
Ia malah menjadi pembakar semangat untuk dirinya bagi melakar kejayaan sehingga meraih Anugerah Pelajaran Diraja.

Siswazah penghidap penyakit jantung raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA, Nur Aufa Johan tidak menjadikan penyakit jantung sebagai halangan untuk beliau meraih kecemerlangan.

Kisah anak penebar roti canai raih Anugerah Pelajaran Diraja
Siti Madihah turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai CGPA 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).