Dua lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang semalam, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohd Jusoh.
Beliau berkata dua pesakit perempuan yang berasal dari Kampung Sungai Berua itu masing-masing berumur 18 dan 39 tahun serta pernah mempunyai sejarah kontak dengan seorang lagi pesakit Orang Asli yang disahkan positif campak (Measles) sebelum ini.
"Kedua-dua mereka datang sendiri ke Hospital Hulu Terengganu setelah demam dan batuk.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Orang Asli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital itu seramai lima iaitu empat perempuan dan seorang lelaki. Kesemua mereka dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak 12 Jun, Hospital Hulu Terengganu menerima kemasukan 17 pesakit Orang Asli dengan 12 daripadanya disahkan positif campak, dua negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan makmal. Seramai 12 pesakit dibenar pulang secara berperingkat mulai 20 Jun.
BACA: Seorang lagi Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu
TONTON: Lagi Orang Asli di Terengganu dimasukkan ke hospital
Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lainnya di Besut dan Kemaman.
Dr Mohd berkata setakat ini, aktiviti survelan dan pengesanan kes secara aktif di perkampungan Orang Asli di Hulu Terengganu telah dilakukan terhadap 493 orang dan akan terus dijalankan dari masa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Sejak 12 Jun, Hospital Hulu Terengganu Kuala Berang menerima kemasukan 17 pesakit Orang Asli dengan 12 daripadanya disahkan positif campak, dua negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan makmal. - Gambar fail
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.
Batuk selepas makan limau mandarin? Kurangkan kesan ikut cara ini
Kulit limau mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).
Perjuangan menentang penyakit TB perlu pendekatan menyeluruh
TB boleh merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti penyakit itu batuk, bersin atau meludah tetapi ia boleh diubati.
Anak banyak kahak, berhingus? Biasakan makan buah, sayur jenis ini
Biasakan anak-anak makan jambu batu, oren, nenas, sayur hijau dan bawang.
Guna bawang merah elak demam, selesema, batuk berjangkit satu rumah
Elak masalah kesihatan ini berjangkit dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.
Jiran cemas jumpa 'Mak Cik' meninggal sendirian di rumah
Semuanya berlaku apabila ibu kepada Ammar Halim tergerak hati untuk naik ke rumah mak cik yang berumur kira-kira 70 tahun.
COVID: Sabah rekodkan kluster punca jangkitan dipercayai dari Indonesia
Wanita berusia 48 tahun dikesan positif Selasa lepas hasil ujian saringan di sebuah klinik swasta, selepas mempunyai simptom batuk dan sakit tekak tiga hari sebelumnya.
COVID-19: Simptom masih ada walau selepas 12 minggu sembuh
Sebanyak 66 peratus daripada 1,004 bekas pesakit yang menjadi sampel ujian, menunjukkan simptom berkenaan.
Lima beradik di Port Dickson kini yatim piatu akibat COVID-19
Muhammad Haidir tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu merupakan amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik.
Kes tibi di Malaysia masih tinggi - Pakar
Jumlah kes pesakit tibi atau batuk kering masih tinggi di negara ini walaupun pelbagai rawatan diperkenalkan dan peningkatan pengesanan kes telah dijalankan, kata pakar perubatan respiratori.