SEREMBAN: Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau dekat sini tengah hari tadi.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil pemeriksaan mengesan berlaku pencemaran hasil limpahan sisa bahan kitar semula plastik dan logam di premis itu, di kawasan seluas 2.43 hektar terletak kira-kira 500 meter dari Sungai Linggi, Port Dickson.
Menurut beliau ketika serbuan, premis itu menjalankan aktiviti peleburan sisa bertoksik tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta premis terbabit juga dijadikan tempat tinggal pekerja warga asing.
"Bagaimanapun, dua premis tidak bernama ini dibina di tanah pertanian dan kontena di sini mengandungi sisa buangan elektronik, sepatutnya kontena ini disemak di pelabuhan dan diterima oleh syarikat yang mendapat kebenaran JAS.
"Ini amaran yang (menunjukkan) kita mengambil mudah prosedur, sebagai contoh TNB tidak sepatutnya meneruskan (bekalan elektrik) bangunan sebesar ini tanpa lesen, bukan mudah proses membenarkan premis seumpama ini menerima bekalan elektrik atau air," katanya kepada pemberita di sini.
Media sebelum ini melaporkan agensi penguatkuasaan negeri turut melakukan serbuan di kilang haram yang menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Jalan Kuala Sawah, Kg Puchong pada Februari lepas diikuti operasi di Mukim Pantai, Jalan Jelebu pada empat hari lepas.
Susulan itu, Aminuddin menegaskan penjawat awam bertanggungjawab menjaga kawasan berkenaan menjawab surat tunjuk sebab kepada ketua jabatan masing-masing berhubung operasi kilang terbabit.
"Saya akur dengan komen orang ramai tentang masalah seperti ini, itu teguran yang baik dan saya berharap perkara ini tidak berulang dan apa jua berlaku pasti ada yang kena bertanggungjawab, saya minta agensi yang bertanggungjawab menjaga kawasan ini dikeluarkan surat tunjuk sebab.
"Jika ketua jabatan tidak mengeluarkan surat itu, saya arahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memberi surat tunjuk sebab kepada ketua terbabit," katanya yang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.
Aminuddin berkata sisa buangan elektronik mengandungi pelbagai bahan berbahaya dan jika tidak diproses dengan betul boleh memberi kesan negatif terhadap pesakit kanser, menyebabkan keguguran, kecacatan janin dan kerosakan neurologi serta sistem saraf.
Dalam operasi hari ini, seramai 22 individu bekerja di premis itu diperiksa termasuk seorang warga tempatan manakala selebihnya warga asing dari Myanmar, China dan Bangladesh.
"Seramai 15 daripadanya ditahan di luar kawasan kilang, hasil pemeriksaan lanjut mendapati ada bayi di tempat tinggal mereka di sini namun gagal dikesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Menteri Besar N.Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (kiri) melihat mesin yang digunakan bagi menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik ketika menyertai serbuan Ops Sisa Toksik di sebuah kilang di Kampung Ribu, Rantau hari ini. - BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.