KUALA LUMPUR:Tindakan dua lelaki merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Batu Melintang, Jeli ketika dikejar polis akhirnya membawa padah selepas mereka ditahan bersama 415 kilogram daun ketum pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam selepas polis menerima maklumat berkaitan kenderaan yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.
Suspek kemudian bertindak memecut kenderaan dan cuba meloloskan diri apabila melihat kehadiran anggota unit kereta peronda (MPV) polis.
Aksi kejar mengejar berlaku sejauh 20 kilometer sebelum kenderaan dipandu suspek terbabas dan akhirnya ditahan polis.
"Selepas sejauh 20 kilometer mengejar suspek, pemandu kenderaan itu bertindak merempuh SJR Batu 6 apabila sampai di kawasan itu. Insiden itu menyebabkan kenderaan tersebut terbabas di hadapan sebuah stesen minyak yang berada berhampiran SJR.
"Susulan daripada itu, kedua-dua suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis,” ujarnya dalam sidang media pada Jumaat.
Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek membawa kepada penemuan 83 bungkusan plastik hitam dipercayai daun ketum seberat 415 kilogram, dua biji pil kuda dan sebilah kapak.
Siasatan awal mendapati, kedua suspek mendapat bekalan daun ketum berkenaan di Kedah sebelum diedarkan di sekitar Kota Bharu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya.
Terdahulu, video kejadian berkenaan tular di laman Facebook selepas dirakam beberapa pengguna jalan raya berhampiran lokasi kejadian.
Fareez Azman
Fri Jan 29 2021

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam selepas polis menerima maklumat berkaitan kenderaan yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan. - Gambar: Astro Awani
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.

PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.

Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini
Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.6 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin.

APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.

Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.

ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan
Daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan hutan berhampiran sempadan, pada 11.30 pagi.

ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand
Rampasan di sempadan negara di Padang Terap itu bernilai RM56,000.

Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.

Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum
Polis turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.