KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang menggunakan taktik licik mengubah suai but kereta untuk ruang lebih luas bagi tujuan mengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Cheras pada Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis turut merampas ganja dan ketamin masing-masing seberat 43.9 serta 8.4 kilogram bernilai RM2 juta daripada suspek berusia 44 dan 57 tahun itu.
Beliau berkata mereka dipercayai memperoleh bekalan ganja dan ketamin itu daripada rangkaian pengedaran dadah antarabangsa dari sebuah negeri di selatan tanah air.
Siasatan mendapati bahawa kedua-dua suspek, yang memiliki rekod jenayah, menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas.
"But kereta yang diubah suai itu boleh memuatkan dadah sebanyak 80 kilogram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
Azmi berkata susulan itu, polis menyita dua kereta, sebuah motosikal dan merampas seutas rantai, sebentuk cincin emas serta wang tunai RM3,095.
Beliau berkata ujian awal air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua lelaki positif dadah jenis ganja.
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Azmi juga berkata polis telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM24.2 juta dan menahan 1,061 pengedar sejak Januari hingga April lepas melalui operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.
"Hasil operasi itu juga, polis telah menahan 1,484 penagih dadah dan 35 individu yang diambil tindakan di bawah Undang-Undang Pencegahan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
![Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620424076_SindiketDadah.jpg)
Azmi (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, 7 Mei, 2021. -- fotoBERNAMA
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa.
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
![Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733655757_mayat.jpg)
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
!['DIY' but kereta jadi kedai kopi barista Mohamad Hazreel 'DIY' but kereta jadi kedai kopi barista Mohamad Hazreel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694878845_TBBarista.jpg)
'DIY' but kereta jadi kedai kopi barista Mohamad Hazreel
Mohamad Hazreel berkata, anak muda perlu sentiasa berani mencuba dan berusaha keras apabila menceburi dunia perniagaan.
![Dibunuh kerana cemburu, mayat disorok dalam but kereta Dibunuh kerana cemburu, mayat disorok dalam but kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688545911_TBlelakidibunuhbut.jpg)
Dibunuh kerana cemburu, mayat disorok dalam but kereta
Seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di dalam but kereta di Taman Sri Orkid, Seksyen 30 di sini pada Selasa.
![But kereta jadi stor dadah di kondominium mewah But kereta jadi stor dadah di kondominium mewah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662647308_PolisWangsaMaju.jpg)
But kereta jadi stor dadah di kondominium mewah
Menurutt polis, kesemua rampasan dadah itu dianggar bernilai RM115,490 dan percaya sindiket itu aktif sejak November lepas.
![Bimbang dijangkiti, guru letak anak positif COVID-19 dalam but kereta Bimbang dijangkiti, guru letak anak positif COVID-19 dalam but kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641629638_TBCoviddrivethru.jpg)
Bimbang dijangkiti, guru letak anak positif COVID-19 dalam but kereta
Dia berbuat demikian bagi melindungi dirinya daripada terdedah kepada virus itu semasa dalam perjalanan ke pusat kesihatan.
![Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620424076_SindiketDadah.jpg)
Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah
Polis turut merampas ganja dan ketamin masing-masing seberat 43.9 serta 8.4 kilogram bernilai RM2 juta daripada suspek berusia 44 dan 57 tahun itu.
![Suami isteri diberkas, dadah RM110,000 dirampas Suami isteri diberkas, dadah RM110,000 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592201768_Handcuffedwomen.jpg)
Suami isteri diberkas, dadah RM110,000 dirampas
Heroin seberat kira-kira 6.2 kilogram dan Methamphetamine (549 gram) itu ditemui di dalam but kereta jenis BMW.
![Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589939070_jualmercun.jpg)
Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit
Malah tindakan lelaki ini lebih berani dengan menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan dekat Taman Nuri, Alor Setar.
![PKP: Polis tahan lelaki bawa rokok seludup PKP: Polis tahan lelaki bawa rokok seludup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586838347_Penyeludupan.jpg)
PKP: Polis tahan lelaki bawa rokok seludup
Dalam operasi itu, seorang suspek lelaki berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan ditahan dalam kejadian pukul 4.30 petang.
![Lelaki ditahan kes kanak-kanak berpaut pada bumbung kereta, dibebas Lelaki ditahan kes kanak-kanak berpaut pada bumbung kereta, dibebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563719920_bonetkereta.jpg)
Lelaki ditahan kes kanak-kanak berpaut pada bumbung kereta, dibebas
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata pembebasan itu adalah sementara menunggu pegawai penyiasat melengkapkan kertas siasatan.