JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam dipercayai menyamar sebagai anggota polis di sebuah kawasan perumahan di Kukup, Pontian, petang semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata tangkapan pada pukul 6 petang ke atas warga tempatan berumur 43 dan 48 tahun itu susulan satu laporan berhubung video tular menerusi media sosial pada 1.52 tengah hari, hari yang sama.
"Hasil siasatan mendapati terdapat tiga suspek, dua telah ditahan manakala seorang lagi masih bebas.
"Seorang daripada mereka yang ditahan berumur 48 tahun turut mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Kamarul Zaman berkata pihaknya turut merampas satu baju pantulan cahaya, satu lampu mata arah (beacon light) mudah alih, satu lampu suluh, satu headlight serta sebuah kereta Honda City berserta anak kunci.
Beliau berkata seorang daripada suspek direman selama dua hari mulai hari ini, manakala seorang lagi iaitu penjawat awam berumur 43 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
Kamarul Zaman berkata polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras jenayah dan penyeludupan serta individu yang menyamar sebagai polis.
Semalam, tular video berdurasi 26 saat melalui Facebook menunjukkan sebuah kereta sedang dikejar sebuah lagi kereta yang dipercayai menggunakan lampu beacon berwarna biru seolah-olah kereta polis di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara bersebelahan laluan keluar Plaza Tol Sedenak, dekat Kulai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
Video tular menunjukkan sebuah kereta dikejar sebuah lagi kereta yang dipercayai menggunakan lampu beacon berwarna biru seolah-olah kereta polis. - Gambar/ Media sosial
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Suri rumah diperdaya serah barang kemas, rugi lebih RM16,000
Seorang suri rumah mengalami kerugian RM16,857 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai anggota polis, kononnya untuk menyerahkan barang kemas bagi tujuan siasatan, semalam.
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
Suri rumah rugi hampir RM1.5 juta
Polis Daerah Seremban menerima laporan berkait modus operandi sindiket panggilan penipuan melibatkan kerugian RM1,491,832.82 pada Jumaat.
Dua lelaki menyamar anggota polis kejar kereta, ditahan di Pontian
Polis menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam dipercayai menyamar sebagai anggota polis di sebuah kawasan perumahan di Kukup, Pontian, petang semalam.
Buruh tunjuk gari, menyamar anggota polis ditahan
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di tepi jalan di Bertam di sini pada jam 10 pagi selepas menerima laporan daripada mangsa pada hari sama.
Empat ditahan, menyamar anggota polis lakukan samun
Suspek menggunakan senjata api mainan ketika menyamun seorang wanita berusia 42 tahun dengan memberi alasan kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas rumahnya.