PORT DICKSON: Dua lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan lelaki mereka di sebuah kolam mandi minggu lepas.
D Maharaj, 36, B Shanmugaservai, 34, Faezatun Firus Arifin, 42, R Praveena, 31, dan S Suvipra, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa menyebabkan kematian S. Prawinthan, 38, di sebuah kolam mandi sebuah hotel di Port Dickson, kira-kira pada 2 pagi, 13 Julai lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal memohon mahkamah menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Bagaimanapunn, peguam Wan Shahir Azmir Wan Mohd Razi yang mewakili Maharaj, Shanmugaservai, Faezatun dan Suvipra serta peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili Praveena memohon jaminan rendah terhadap anak guam mereka.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, kesemua tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC dalam badan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson antara 12.20 pagi hingga 1 pagi, 14 Julai lepas.
Mahkamah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan kedua-dua kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
![Dua lelaki, tiga wanita didakwa sebabkan kematian rakan Dua lelaki, tiga wanita didakwa sebabkan kematian rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721375803_pertuduhanmenyebabk.jpg)
Dua lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan lelaki mereka di sebuah kolam mandi minggu lepas. - Foto Bernama
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
AI akan cipta pekerjaan baharu - PM India
Perdana Menteri India, Narendra Modi yakin teknologi baharu tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan sebaliknya percaya kecerdasan buatan (AI) akan mencipta pekerjaan baharu.
Kerajaan giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital
Kementerian Digital giat berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.
Malaysia patut contohi Singapura jika mahu hapuskan korupsi
Ini bukan waktunya lagi untuk Malaysia melaungkan negara ini antirasuah tetapi tindakan ke arah itu tidak memberangsangkan.
Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan sebaliknya berpendapat, usaha itu mungkin memberikan hasil positif jika Malaysia dapat belajar daripada Singapura yang merupakan negara di Asia Pasifik paling kurang rasuah.
Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan sebaliknya berpendapat, usaha itu mungkin memberikan hasil positif jika Malaysia dapat belajar daripada Singapura yang merupakan negara di Asia Pasifik paling kurang rasuah.
Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata, pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkatkan langkah-langkah penambaikan strategik untuk melonjakkan kedudukan negara dalam CPI.
Enam ditahan sindiket penipuan pinjaman peribadi
Seorang pegawai institusi kewangan antara enam individu ditahan, dipercayai terlibat dalam penipuan urusan pembiayaan peribadi, institusi kewangan rugi RM1.325 juta.
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
![Dua lelaki, tiga wanita didakwa sebabkan kematian rakan Dua lelaki, tiga wanita didakwa sebabkan kematian rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721375803_pertuduhanmenyebabk.jpg)
Dua lelaki, tiga wanita didakwa sebabkan kematian rakan
Dua lelaki dan tiga wanita didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan lelaki mereka di sebuah kolam mandi minggu lepas. D Maharaj, 36, B Shanmugaserva