KAJANG: Dua pekerja warga Bangladesh maut dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 4.14 pagi.
"Seramai 23 anggota dan 13 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bandar Baru Bangi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tujuh buah jentera.
"Kebakaran melibatkan sebuah kilang percetakan berkeluasan 60x80 kaki persegi," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, kerja pemadaman secara terus dijalankan oleh anggota bomba terlibat.
"Kebakaran dikawal pada jam 4.48 sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.50 pagi.
"Dua daripada enam mangsa terlibat masing-masing berumur 34 dan 38 tahun dipercayai pekerja kilang tersebut disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap disebabkan kawasan kilang yang tiada ruang pengudaraan," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Anggaran kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 15 2023
![Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686798738_kilangterbakar.jpg)
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi, hari ini. - Foto Sinar Harian
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
PDRM rampas dadah berjumlah RM23.67 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum diseludup ke negara ketiga dengan nilai rampasan berjumlah RM23.67 juta.
Banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602378_afgan.jpg)
Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Norshamira: Polis tahan suspek
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686798738_kilangterbakar.jpg)
Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar
Kejadian yang berlaku pada jam 4.14 pagi itu melibatkan sebuah kilang percetakan berkeluasan 60x80 kaki persegi.