Orang Kena Saman (OKS), Liakathali Sharif, 64, dan Wan Zuraini Abd Rahim, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.
Mengikut pertuduhan, Liakathali didakwa memiliki 24 bingkai gambar al-Quran pelbagai saiz dan empat unit peranti zikir yang mengandungi kesalahan ayat mengikut Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah premis perniagaannya di Jalan Kuala Krai, pada jam 11 pagi, 26 Ogos tahun lepas.
Sementara itu, Wan Zuraini pula didakwa secara berasingan memiliki lima bingkai gambar al-Quran pelbagai saiz yang mengandungi kesilapan ayat di sebuah premis perniagaannya di Jalan Ah Seng, di sini pada masa dan tarikh yang sama.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 (Pindaan 2023) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -- Sinar Harian
