GEORGE TOWN: Rahsia kejayaan dua penganggur dan seorang ejen insurans menjalani gaya hidup mewah akhirnya terbongkar apabila ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam serbuan di dua lokasi di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketiga-tiga mereka yang berumur 22 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah apartment di Jelutong, dan sebuah kondominium di Lebuh Gat, hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lepas,
Beliau berkata polis turut merampas dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan ketamin bernilai RM129,220, serta dua kenderaan mewah iaitu BMW dan Ford Mustang dianggar bernilai RM373,000 dalam serbuan itu.
"Polis merampas 151 paket plastik serbuk dadah MDMA seberat 2,507 gram bernilai RM125,350 dan satu paket ketamin seberat 25.8 gram bernilai RM3,870, semua MDMA itu telah dicampur dengan beberapa perasa minuman antaranya lemon dan oren," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan, mereka dipercayai membungkus sendiri dadah MDMA itu dengan mencampurkannya dengan serbuk berperisa minuman, sebelum mengedarnya di pusat-pusat hiburan sekitar negeri ini.
Mohd Shuhaily berkata ketiga-tiga lelaki itu dipercayai bergiat aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak awal tahun lepas, sehingga membolehkan mereka menjalani gaya hidup yang mewah.
"Ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek negatif dadah namun dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dan menambah semua dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 800 penagih.
Beliau berkata polis turut menyita empat kenderaan termasuk motosikal, wang tunai RM3,559, dua utas rantai leher, seutas rantai tangan, dua bentuk cincin serta loket emas yang kesemuanya bernilai RM441,588, dan keseluruhan rampasan serta sitaan dianggar bernilai RM570,808.
Mohd Shuhaily berkata ketiga-tiga mereka direman sehingga 20 Jan ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

Polis turut merampas dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan ketamin bernilai RM129,220, serta dua kenderaan mewah iaitu BMW dan Ford Mustang dianggar bernilai RM373,000 dalam serbuan itu. - Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 Ahad lepas.

Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg
Lapan warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan didakwa atas dua pertuduhan mengedar dua jenis dadah berbahaya seberat 489.7 kilogram 16 Jan lepas.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.

Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April
Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.