KAJANG: Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan dua pertiga banduan yang layak menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang tahun 2030.
Ketua Pengarahnya Datuk Nordin Muhamad berkata inisiatif yang dilaksanakan sejak 2008 seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib (PKW), Program Reintegrasi Penghuni (PRP), Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan beberapa program lain, dapat mengurangkan kesesakan di penjara di seluruh negara.
Beliau berkata berdasarkan statistik Penjara Malaysia, terdapat seramai 82,539 penghuni penjara dan daripada jumlah itu, 76,336 adalah banduan di penjara, manakala 6,203 ditempatkan dalam program Pemulihan Dalam Komuniti.
"Pada masa kini kapasiti penjara di seluruh negara hanya boleh menempatkan hanya kira-kira 66,000 penghuni, jadi terdapat kesesakan kira-kira 10,000 penghuni.
"Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan kadar kesesakan dan kita menganggarkan lebih ramai pesalah akan dipertimbangkan oleh mahkamah untuk menjalankan program pemulihan dalam komuniti," katanya kepada media dalam majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di sini, hari ini.
Nordin berkata pelaksanaan pindaan rang undang-undang baharu itu juga dapat memberi peluang kepada pesalah hukuman ringan untuk menjalani hukuman di luar fasiliti penjara.
Tambahnya program Pemulihan Dalam Komuniti terbukti berkesan, kerana berjaya mengurangkan kadar penjenayah berulang dengan anggaran seorang sahaja daripada 400 penghuni dibebaskan akan kembali ke penjara.
"Kita menyasarkan untuk mencapai 10,000 pesalah yang menjalani PKW pada tahun ini dan kita sudah mencapai 79.5 peratus, dan yakin jumlah itu dapat dicapai sebelum November tahun ini," katanya.
Selain itu, beliau setakat ini terdapat 52 pusat PKW dan berharap kerajaan mempertimbangkan untuk menambah 20 lagi pusat di seluruh negara.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang mewakili Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Wan Ahmad Dahlan dalam ucapannya berkata Jabatan Penjara Malaysia dapat menjimatkan kos pengurusan penjara sebanyak RM182 juta setahun menerusi program dan inisiatif yang dilaksanakan.
Katanya sebanyak RM5.5 bilion telah dibelanjakan sejak lima tahun yang lepas bagi kos pengurusan kepenjaraan untuk penyediaan peralatan, kemudahan, perubatan, makanan, kawalan, pengiringan, emolumen kakitangan dan sebagainya lagi.
"Pesalah-pesalah tersebut akan ditempatkan dalam industri dan seterusnya dapat mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan warga asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
![Dua pertiga banduan disasar jalani pemulihan dalam komuniti menjelang 2023 Dua pertiga banduan disasar jalani pemulihan dalam komuniti menjelang 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662708968_TBpenjara.jpg)
Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan dua pertiga banduan yang layak menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang tahun 2030. - Gambar fail/BERNAMA
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734614132_TBpenjara.jpg)
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
![Akta Tahanan Rumah bantu kurangkan kesesakan penjara, kadar pemenjaraan tinggi Akta Tahanan Rumah bantu kurangkan kesesakan penjara, kadar pemenjaraan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714396355_JabatanPenjara.jpg)
Akta Tahanan Rumah bantu kurangkan kesesakan penjara, kadar pemenjaraan tinggi
Ia akan membantu mengurangkan kadar kesesakan di penjara dan kadar pemenjaraan yang tinggi pada masa ini serta menjimatkan kos kepada kerajaan.
![Penjara di Malaysia tidak mampu lagi menampung banduan - Zahid Penjara di Malaysia tidak mampu lagi menampung banduan - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729503586_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
Penjara di Malaysia tidak mampu lagi menampung banduan - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri berkata, usaha rentas agensi dan kementerian perlu dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.
![2,390 prospek berjaya keluar dari status 'buta huruf' 2,390 prospek berjaya keluar dari status 'buta huruf'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726746035_TBABDULAZIZ.jpg)
2,390 prospek berjaya keluar dari status 'buta huruf'
Seramai 2,390 daripada 2,656 prospek (penghuni penjara) berjaya dikeluarkan daripada status 'buta huruf' menerusi Program Literasi dan Numerasi (LINUS).
![Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662708968_TBpenjara.jpg)
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
![Malaysia tuan rumah ARCC dari 21-23 Jan ini Malaysia tuan rumah ARCC dari 21-23 Jan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705017421_KalbinMohdSaid.jpg)
Malaysia tuan rumah ARCC dari 21-23 Jan ini
Kalbin berkata, persidangan yang akan disertai pegawai penjara itu antaranya bagi membincangkan isu pemulihan para banduan.
![Permaisuri zahir penghargaan kepada Jabatan Penjara hidupkan kembali Tenun Pahang Diraja Permaisuri zahir penghargaan kepada Jabatan Penjara hidupkan kembali Tenun Pahang Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703710084_TunkuHajahAzizah.jpg)
Permaisuri zahir penghargaan kepada Jabatan Penjara hidupkan kembali Tenun Pahang Diraja
Tunku Azizah zahir penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana menghidupkan kembali Tenun Pahang Diraja yang dianggap 'kritikal' suatu masa dahulu.
![Belanjawan 2024: Jabatan Penjara perkasa banduan dengan kemahiran TVET Belanjawan 2024: Jabatan Penjara perkasa banduan dengan kemahiran TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659616390_TBpenjara.jpg)
Belanjawan 2024: Jabatan Penjara perkasa banduan dengan kemahiran TVET
Jabatan Penjara Malaysia bertekad untuk memperkasakan banduan dengan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
![15,000 banduan, bekas banduan disasar dapat pekerjaan tahun ini 15,000 banduan, bekas banduan disasar dapat pekerjaan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659616390_TBpenjara.jpg)
15,000 banduan, bekas banduan disasar dapat pekerjaan tahun ini
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan seramai 15,000 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney akan mendapat pekerjaan tahun ini.
![Tiada rakaman video libat Najib dalam premis penjara Tiada rakaman video libat Najib dalam premis penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/51584509534_Penjaramalaysia.jpg)
Tiada rakaman video libat Najib dalam premis penjara
Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada sebarang rakaman video melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara.