TEMERLOH: Aktiviti lima rakan memancing ikan bertukar tragedi selepas dua daripada mereka maut dipanah petir ketika berada di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang pada petang Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20 dari Kampung Rantau Panjang, di sini dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27, dari Jalan Setia, Lanchang meninggal dunia akibat kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan (KK) Lanchang.
Menurutnya, mangsa bersama tiga lagi rakannya berusia antara 22 hingga 47 tahun pergi ke kolam memancing tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari.
BACA: 10 langkah elak jadi mangsa panahan petir
"Sebelum kejadian, dua mangsa terbabit dikatakan berteduh di bawah pokok di tepi kolam itu ketika hujan lebat disusuli dengan petir.
"Seorang rakan mereka pula balik ke rumah untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Ujarnya lagi, dua lagi rakan mengambil joran untuk pulang sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah dan dipercayai pengsan.
"Mereka terus membawa mangsa ke KK Lanchang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan
"Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk dibedah siasat," katanya lagi.
Berita asal: Dua rakan maut dipanah petir
Sinar Harian
Sun Apr 25 2021

Dua lelaki yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di KK Lanchang, pada Ahad. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya.

10 cedera dipanah petir
Dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun yang diserang sakit jantung berjaya diselamatkan.

Bumbung Kolej Matrikulasi Kedah terbakar dipanah petir
Tindakan memadam kebakaran terus dilakukan dengan satu aliran dua pancutan serta membuat pemerhatian secara menyeluruh.

Tujuh maut dipanah petir di Yaman
Mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki dari daerah Al-Luhayyah dan Az-Zuhrah di bahagian utara wilayah itu.

Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India
Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat di panah petir dalam dua kejadian di Bengal Barat di timur India.

Penternak berputih mata, tujuh lembu mati dipanah petir
Kejadian seumpama itu kali pertama berlaku sejak Ablah Mat Isa mengusahakan ternakan lembu 20 tahun lalu.

Lelaki ditemui maut akibat dipanah petir
Punca kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui terbaring di lorong belakang sebuah pasar raya di Mentakab disahkan akibat terkena petir.

Hampir 70 maut disambar petir di India
Hujan lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai pada Isnin.

Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron
Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

Dua rakan maut dipanah petir
Sebelum kejadian, dua mangsa terbabit dikatakan berteduh di bawah pokok di tepi kolam itu ketika hujan lebat disusuli dengan petir.