Skip to main content

Malaysia

Dua rakan maut nahas motosikal, kereta di Kampung Gajah

Anggota bomba mengeluarkan pemandu yang parah dalam nahas kereta dan motosikal di Teluk Sareh, Kampung Gajah, awal pagi ini. - Gambar JBPM Perak
Anggota bomba mengeluarkan pemandu yang parah dalam nahas kereta dan motosikal di Teluk Sareh, Kampung Gajah, awal pagi ini. - Gambar JBPM Perak

Advertisement

IPOH: Dua rakan maut selepas motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah, awal pagi ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Siti Qazrina Abdul Rahman, 19 dan Adam Danial Abdul Rahman, 18, manakala pemandu kereta, Mohamad Nor Afifi Harun, 31, cedera parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4.29 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Yariz dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 .

“Setibanya jentera di lokasi didapati kereta Toyota Yaris telah berada di dalam parit dan terdapat seorang mangsa di dalam kereta tetapi tidak tersepit manakala penunggang dan pembonceng motosikal turut berada di dalam parit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mengarahkan anggota untuk mengangkat ketiga-tiga mangsa menggunakan pengusung.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Seri Iskandar menggunakan ambulan KKM .

Katanya, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang melibatkan lima anggota bomba tamat jam 6.54 pagi.

 

Must Watch Video

Advertisement