BETONG: Dua remaja dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar, di sini hari ini.
Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Norman Syakimie Suria Ariffin dan Afiq Aiman Mohd Adress, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.
"Sampai di lokasi kejadian, mangsa (Norman Syakimie) ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan.
"Mangsa seterusnya (Afiq Aiman) ditemukan pada 6.44 petang dan disahkan meninggal dunia apabila Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, melakukan selaman ke dasar sungai pada kedalaman lima meter dalam operasi pencarian selama 15 minit," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan berdasarkan maklumat orang awam yang berada di lokasi, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti riadah dan mandi di sungai berhampiran rumah panjang berkenaan.
Panggilan diterima pada jam 3.53 petang tadi dan anggota BBP Betong digegaskan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Operasi berakhir jam 7.04 malam. Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi PGO Bomba, dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Norman Syakimie dan Afiq Aiman, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun. - Gambar FB JBPM Sarawak

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam.

Dua remaja ditemukan lemas di sungai berhampiran rumah panjang
Dua remaja dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar, di sini hari ini.

Melaka promosi Taman Laut Melaka sempena TMM 2024
Keindahan dan keunikan terumbu karang di kawasan Taman Laut Melaka akan diketengahkan sebagai salah satu tarikan baharu dalam merancakkan lagi promosi Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Silang kata, catur dapat kurangkan risiko demensia dalam kalangan warga emas
Hobi kreatif seperti membuat kerajinan, mengait dan melukis, dan membaca juga mampu mengurangkan risiko sebanyak tujuh peratus.

Pulau Pinang tingkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan
Pulau Pinang berhasrat meningkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan melalui latihan kemahiran.

Program 'ngoca ikan' beri pengalaman berharga kepada generasi muda
Program ngoca itu membolehkan seseorang merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional seperti pada zaman dahulu.

Pahang laksana 'Kuantan Car Free - Green Hour' setiap bulan
Program itu melibatkan penutupan jalan selama dua hingga tiga jam bagi membolehkan aktiviti riadah berlangsung.

Risau 'camping' kawasan air terjun? Ini panduan kenal pasti 3 jenis kepala air
Kita perlu ambil tahu dan kenal pasti ada 3 jenis kepala air bagi mengelakkan tragedi meragut nyawa dan kejadian yang tidak diingini terjadi.

COVID-19: Hampir 1,600 kes baharu dicatat di New South Wales
Aktiviti riadah di negeri itu berjalan rancak dengan ramai pengunjung ke pantai pada Sabtu bagi meluangkan masa bersama keluarga.

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.