Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Dua suspek kes bunuh di Teluk Intan direman empat hari

Menurut Chua (gambar), seorang lelaki tempatan telah ditahan semalam dan pihak polis akan membuat permohonan reman pagi ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/BERNAMA
Menurut Chua (gambar), seorang lelaki tempatan telah ditahan semalam dan pihak polis akan membuat permohonan reman pagi ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

TELUK INTAN: Dua suspek kes bunuh seorang lelaki di Taman Banjar Jaya di sini pada Selasa direman empat hari mulai 4 hingga 11 November.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata, suspek terdiri daripada seorang wanita tempatan dan seorang lelaki warganegara asing.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan telah ditahan semalam dan pihak polis akan membuat permohonan reman pagi ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Kes masih dalam siasatan lanjut pihak polis,” katanya di sini, hari ini.

Pada Selasa, media melaporkan seorang lelaki maut ditetak dengan parang selepas diserang tiga lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jaya, pada Isnin.

Advertisement

Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah menerima panggilan daripada orang awam melalui talian kecemasan 999 berhubung kejadian itu, kira-kira jam 3.53 petang.

Chua berkata, mangsa berumur 48 tahun yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Teluk Intan akibat kecederaan parah yang dialami.

 

 

Must Watch Video

Advertisement