KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Colombia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah rumah seorang ahli perniagaan dan mencuri barang bernilai RM7 juta di kediaman itu, bulan lepas.
Yeyson Andres Rocha Garzon, 39, dan Julian David Serna Pena, 22, didakwa memecah masuk rumah dan mencuri barang milik Indra Izwaan Mohd Yusof, 45, bernilai RM7 juta di kediaman mangsa di Bukit Damansara, di sini pada 10 malam, 31 Mei lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf tidak menawarkan jaminan memandangkan kedua-dua tertuduh tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata pihaknya akan menghantar representasi terhadap pertuduhan dihadapi anak guamnya.
Hakim Dr Azrol Abdullah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Susulan kes berkenaan, polis berjaya menahan lapan anggota geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin serta merampas pelbagai barangan yang dicuri bernilai lebih RM4 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dilapor berkata enam lelaki warga asing dan dua wanita tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara dan Bangkok, Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Yeyson Andres Rocha Garzon dan Julian David Serna Pena didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri barang milik Indra Izwaan Mohd Yusof. - Foto Bernama

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Dua warga Colombia didakwa curi barang RM7 juta milik ahli perniagaan
Dua lelaki warga Colombia didakwa memecah masuk sebuah rumah seorang ahli perniagaan dan mencuri barang bernilai RM7 juta di kediaman itu.