KUANTAN: Dua wanita warga emas mendakwa kerugian RM50,000 setiap seorang selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan menanam padi di Kemboja, yang disertai mereka sejak tujuh tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 75 dan 65 tahun mendakwa tertarik untuk melabur selepas menyertai jelajah kononnya dibuat sebuah syarikat pelaburan di sebuah hotel terkemuka di sini, sekitar Jun 2014.
"Pada program jelajah itu, mangsa mendakwa mereka dijanjikan pulangan sebanyak RM52,000 setiap tiga bulan untuk tempoh tiga tahun jika mengambil satu lot padi bernilai RM50,000.
"Mangsa mendakwa mereka menandatangani surat perjanjian sekitar Ogos 2014 selepas membuat bayaran RM50,000 melalui cek yang diserahkan kepada seorang ejen syarikat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa mendakwa tidak pernah menerima pulangan yang dijanjikan sehingga tahun ini, selain gagal untuk menghubungi ejen syarikat itu menyebabkan mereka berasa ditipu.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Dua wanita warga emas mendakwa kerugian RM50,000 setiap seorang selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan menanam padi di Kemboja, yang disertai mereka sejak tujuh tahun lepas. -Gambar hiasan
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung tanpa pakaian di tebing Sungai Baron, Sarikei hari ini.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung bersama jala di tangannya di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Pasir Puteh.
Pesara wanita rugi RM113,850 akibat 'phone scam'
Seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaru dengan panggilan penipuan (phone scam) di Perak apabila mengalami kerugian RM113,850 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan penghantaran barang di T
Wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Baling
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya berhampiran Taman Seri Baling terlibat dalam kebakaran pada kira-kira 12 tengah malam tadi.
Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.
Warga emas maut motosikal rempuh kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta.
Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri
"Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap." - Hakim
Warga emas rugi RM426,450 diperdaya Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM426,450 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan jenayah dadah dan menipu seorang bergelar 'Datuk Seri'.
Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.